Hi! Welcome Back and Stay Tune! Budak Dua Tahun Ketagih Hisap Rokok Kini Jadi Pelajar Cemerlang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Budak Dua Tahun Ketagih Hisap Rokok Kini Jadi Pelajar Cemerlang


Siapa yang masih ingat kepada kanak-kanak ini? Ketika berusia dua tahun, Aldi Rizal pernah menjadi sensasi antarabangsa satu ketika dulu kerana mampu menghisap kira-kira 40 batang rokok dalam satu hari. 

Namun kini, pada usianya mencecah sembilan tahun, Aldi nampaknya berjaya menghapuskan ketagihan berkenaan dan berubah menjadi seorang pelajar cemerlang di sekolah. 

Kanak-kanak itu berjaya membuang ketagihannya menghisap rokok pada tahun 2013, 2 tahun selepas menjadi tumpuan dunia. Sebelum itu, Aldi mendapat bantuan dari kerajaan Indonesia dengan menyediakan program pemulihan khas untuknya dan menggantikan ketagihan rokok kepada makanan. 


Walaupun berjaya menghentikan ketagihan rokok, berat badan Aldi meningkat mendadak iaitu 24kg ketika berusia lima tahun disebabkan ketagihan kepada makanan. 

Bapanya, Rizal memberitahu anaknya itu akan menghentakkan kepala ke dinding semata-mata mahukan makanan tambahan. 

“Dia akan makan makanan berlemak dan boleh menghabiskan tiga botol susu pekat setiap hari" tambah bapanya lagi. 

Bapanya kemudian membawa Aldi berjumpa dengan pakar pemakanan dan sejak itu, Aldi terpaksa menjalani diet ketat untuk menurunkan berat badan. Dan selepas 4 tahun hanya makan buah-buahan dan sayuran berat badan Aldi kini kembali normal. Dia tidak lagi mempunyai sebarang ketagihan kepada rokok mahupun makanan. 


Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qtK6QT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.