Fattah Amin gembira, buku menang anugerah walau dikecam
KUALA LUMPUR, 3 Mei — Fattah Amin melonjak gembira 99 Kata-Kata #Qalif Moden menang anugerah buku popular walau pada awalnya ia dikecam teruk.
“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,” coretnya di Instagram selepas menerima Anugerah Buku Negara dalam kategori tersebut malam tadi.
Buku pelakon sensasi berusia 27 tahun itu mencetuskan kritikan meluas di media sosial sewaktu dilancarkan pada Februari lalu.
Susulan itu, Fattah tidak menjangka bukunya yang terjual kira-kira 5,000 naskhah mendapat pengiktirafan sedemikian.
“Saya tidak menjangka buku pertama saya menerima penganugerahan pada malam ini,” katanya kepada mStar Online.
“Biarpun menerima banyak kecaman, bagi saya ia satu publisiti yang mempopularkan buku ini.”
Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu sebelumnya dikecam dengan alasan bukunya, berharga RM50, dianggap tidak bermutu.
Himpunan kata-kata motivasinya didakwa sebuah blog hiburan hanya “dipenuhi foto selfie dan ayat entah apa-apa.”
Contoh kata-kata yang terkandung di dalam buku itu: “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC, nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul hahaa… kelakar, kan?”
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p7qXSS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment