Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Guru sekarang tidak mampu lebih dari mengajar walaupun seakan segala hal dipertanggungjawabkan kepada mereka” – Tun Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Guru sekarang tidak mampu lebih dari mengajar walaupun seakan segala hal dipertanggungjawabkan kepada mereka” – Tun Mahathir

Bekas perdana menteri keempat Tun Mahathir Mohamad hari ini mengimbau kembali nostalgianya sebagai budak ‘nakal’ yang takutkan guru.

"Guru sekarang tidak mampu lebih dari mengajar walaupun seakan segala hal dipertanggungjawabkan kepada mereka" - Tun Mahathir

“Guru sekarang tidak mampu lebih dari mengajar walaupun seakan segala hal dipertanggungjawabkan kepada mereka” – Tun Mahathir

“Saya dulu boleh dikatakan seorang yang agak ‘nakai’ (nakal) di zaman kecil saya, saya mai dari Kedah, jadi sudah tentu lumrah zaman tu kalau balik mengaji ‘dok main kat bendang’ walau dipesan berkali-kali akan bahayanya.

“Tapi saya dan kawan-kawan cukup takut kalau nampak guru mengaji atau cikgu sekolah lalu kerana kami tau ‘akibatnya’.

“Apatah lagi kalau guru-guru saya ini melaporkan pada bapa saya yang merupakan seorang pengetua lagilah saya akan didisiplinkan. Pernah? Semestinya ya!” katanya.

Menulis di Facebook sempena sambutan hari guru hari ini, katanya, golongan itu sebenarnya bukan ditakuti tetapi dihormati kerana tugas mereka mendidik anak bangsa.

Bagaimanapun, ketika mengulas peranan guru, Mahathir nampak perbezaannya antara zaman sekarang dengan kualiti yang dipamerkan sebelum ini.

“Namun guru sekarang tidak mampu memainkan peranan lebih dari mengajar subjek-subjek di sekolah walau seakan segala hal dipertanggungjawabkan kepada mereka.

“Di kampung-kampung, gurulah orang yang paling bijak pada masa dulu, mereka amat dihormati sehinggakan segenap peranan dalam membangunkan masyarakat di kampung-kampung dimainkan oleh golongan pendidik,”katanya.

Malah, kata Mahathir lagi, golongan pendidik memainkan peranan aktif dalam politik termasuk mengasaskan parti-parti politik.

“Bukan macam sekarang, politik dikuasai mereka yang gilakan untuk berniaga dan mencari keuntungan peribadi, akhirnya tiada nilai lagi kerana gurunya adalah wang!

“Apapun saya ucapkan Selamat Hari Guru buat para pendidik di Malaysia, teruskan menabur bakti dan jasa demi membina anak bangsa tercinta,” katanya pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Sumber: Malaysiakini

 



Sumber “Guru sekarang tidak mampu lebih dari mengajar walaupun seakan segala hal dipertanggungjawabkan kepada mereka” – Tun Mahathir

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pTlM9M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.