Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenalkan Isteri Kepada Kucing Antara 10 Perkara Baharu Dibuat Dazrin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenalkan Isteri Kepada Kucing Antara 10 Perkara Baharu Dibuat Dazrin

Hari ini masuk hari ketiga aktor Dazrin Kamarudin bergelar suami kepada wanita pilihannya Nurfazulin Razalin, 33, yang merupakan seorang ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Pasangan itu selamat diijab kabul dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis di Melaka pada Sabtu lalu dengan dihadiri 200 tetamu kedua-dua belah pihak.

Tentunya sebagai suami, banyak perkara baharu yang dilalui Dazrin. Maklumlah… sebelum ni jadi orang bujang.

Meh kita tanya  apakah yang menarik dalam hidup Dazrin selepas tiga hari menjadi suami.

Berikut merupakan 10 perkara baharu yang dilalui Dazrin sebagai suami

1. Saya sudah bawa isteri saya ke rumah semalam (Ahad) di Puchong, Selangor. Penat juga kena kemas banyak barang dia. Barang orang perempuan faham-faham ajelah ye…

2. Perkara lain pula, saya sudah minta restu ibu-bapa dia untuk bawa anak mereka tinggal bersama saya.

3. Hari ni memang menarik. Pagi ni kali pertama saya bangun sudah ada kopi dan sarapan pagi, selalunya saya yang kena buat sendiri hehe… untung sangat.

4. ‘Sweet’ sangat isteri saya ni. Baju saya dah siap disusun tau. Tak payah nak gosok-gosok. Capai, terus pakai… habis cerita.

5. Ada orang teman saya kemana-mana, tidaklah pergi ‘sorang-sorang’ macam selalu.

6. Hari ni ada orang yang ingatkan saya perkara-perkara penting untuk dilakukan. Isteri saya ada ingatkan saya agar balik ke Melaka untuk sambut hari jadi bapa saya pada hari ini. Kalau tidak… memang akan terlupalah.

7. Buat keputusan secara bersama walaupun hanya perkara kecil seperti makan di mana.

8. Masa saya jadi lebih teratur kerana dia seorang yang mementingkan masa dan tidak suka saya lewat. Setiap perkara kena dua jam lebih awal, maklumlah… dia kan pramugari… sudah terbiasa buat sesuatu awal beberapa jam. Saya pula jenis yang suka datang lambat hehehe.

9. Alamak… saya dah kena ‘sound’. Isteri pesan kena selalu jaga hati orang lain ketika bercakap. Dia tidak suka saya cakap lepas yang tidak memikirkan perasaan orang lain.

10. Saya juga sudah kenalkan dia dengan lapan ekor kucing yang saya bela di rumah. Alhamdulillah dia juga seorang yang sukakan kucing. Maklumlah kucing saya sebelum ini hanya kenal saya seorang sahaja sebagai tuan rumah.

Sementara itu, ditanya tentang rancangan berbulan madu, Dazrin berkata, dia masih belum mempunyai masa yang sesuai disebabkan jadual lakonan yang padat.

“Alhamdulillah, mungkin rezeki berkahwin, banyak pula tawaran datang, saya kena masuk penggambaran 20 episod dengan Skop Production dan selepas itu ada dua lagi drama episod yang sudah confirm.

“Insya-Allah selepas hari raya Aidilfitri nanti baru kami fikirkan untuk berbulan madu,” ujarnya.
Dazrin berkata, majlis resepsi untuk ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat akan diadakan pada 22 dan 23 Julai depan di Melaka.

The post Kenalkan Isteri Kepada Kucing Antara 10 Perkara Baharu Dibuat Dazrin appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pT7ZDq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.