Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketua Menteri beri sebulan pastikan kebersihan Stadium Hang Jebat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketua Menteri beri sebulan pastikan kebersihan Stadium Hang Jebat

MELAKA: Kecewa dengan tahap kebersihan Stadium Hang Jebat, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron memberi tempoh sebulan kepada Perbadanan Stadium Melaka untuk melaksanakan kerja pembersihan yang mana perlu dilakukan kakitangannya sendiri termasuk pengurusan tertinggi.

Idris berkata Sambutan Hari Belia Negara 2017 peringkat negeri yang diadakan selama tiga hari berakhir pada Ahad lepas di stadium itu berlangsung dalam suasana tidak terurus dan teratur akibat kegagalan pengurusan menjaga kebersihan.

"Ini dikhuatiri memberi imej dan persepsi negatif masyarakat terutama orang luar terhadap Melaka. Justeru saya meminta pengurusan stadium memainkan peranan masing-masing demi memulihkan kembali imej stadium merangkumi aspek kebersihan dan keindahan dengan melakukan aktiviti gotong-royong setiap hari," katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) berkata demikian selepas menerima tajaan bagi pasukan Melaka United daripada dua syarikat iaitu Nitizi Construction Sdn Bhd dan Hyundai Engineering Malaysia Sdn Bhd yang masing-masing menyumbang RM1 juta.

Idris yang meluahkan kekecewaannya terhadap pengurusan stadium itu menyifatkannya tidak cekap terutamanya dalam menjaga aspek kebersihan stadium, malah melabel pengurusan itu sebagai terburuk dalam kalangan organisasi di negeri ini.

Perbadanan Stadium Melaka bertanggungjawab menguruskan dua stadium di negeri ini iaitu Stadium Hang Jebat dan Stadium Hang Tuah.

Menurut Idris, stadium yang cukup dikenali sebagai 'rumah' kepada pasukan Melaka United sepatutnya menjadi kawasan yang dicontohi kebersihannya dan organisasi yang menguruskannya perlu menjadi kebanggaan negeri selaras dengan slogan laungan negeri ini iaitu 'Don't Mess With Melaka'.

"Pengurusan stadium memandang enteng terhadap kebersihan rumah Melaka United ini ... malu rasanya kita menggelar Melaka ini negeri maju namun soal kebersihan stadium yang menjadi tumpuan orang ramai ini dipandang ringan yang mana kadang kala gambarnya (stadium) dipaparkan di laman sosial," katanya.

Mengenai penajaan itu, Idris berkata ia merupakan motivasi kepada pemain untuk terus beraksi cemerlang di samping menampung perbelanjaan pasukan berkenaan termasuk mencari pemain berkaliber dan memastikan kebajikan pemain terjaga.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Stadium Melaka Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya mengambil serius teguran Idris mengenai tahap kebersihan dan ketidakcekapan pengurusan stadium berkenaan.

"Kami akan menjalankan aktiviti gotong-rotong seperti yang disarankan ketua menteri dengan menggerakkan kakitangan bagi menumpukan usaha membersihkan stadium.

"Apa yang penting aspek kebersihan perlu diberi keutamaan," katanya yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Timbalan Presiden MUSA.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtXO9X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.