Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lihat Bagaimana Lelaki Ini Ingin Bawa Bersama Kekayaannya Ketika Mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Ingin Bawa Bersama Kekayaannya Ketika Mati


Sao Paolo: Seorang usahawan kaya raya “Count Scarpa” menanam hartanya yang paling hebat iaitu sebuah kereta Bentley berharga £310,000 (RM1.5 juta) untuk memudahkan urusannya selepas dia mati kelak.

Dalam pengumuman di laman Facebooknya, lelaki berusia 62 tahun itu mengisytiharkan dia bercadang untuk meniru perbuatan Firaun dengan membawa bersama kekayaannya apabila mati kelak.

Beliau akan menanam kereta Bentley Continental barunya bagi memastikan dia selesa dalam perjalanannya selepas mati.



Dalam foto di rangkaian sosialnya, Count Scarpa dilihat berdiri di sebelah kenderaan berwarna hitam itu, model terbaru di pasaran dengan seekor burung kakak tua di lengannya dan menulis: “Saya mengisytiharkan untuk meniru perbuatan Firaun; minggu ini saya akan menanam kereta kegemaran saya, Bentley ini di taman dekat rumah saya! Tanam harta berhampiran istana saya!”

Count Scarpa berkata, dia menggali kubur itu dekat taman di belakang rumah agamnya di Jardins, satu daripada kawasan kejiranan golongan mewah di Sao Paolo.

Pada Selasa, dalam satu lagi foto, dia yang memakai tali leher merah jambu dan memegang penyodok berdiri di depan lubang yang dalam dengan kereta Bentley berkilat miliknya diletakkan di belakangnya.

Dia menulis: “Kepada mereka yang meragui saya, semalam saya sudah mula menggali lubang di taman untuk menanam Bentley saya! Hujung minggu ini, saya akan menanamnya.”

Ahli perniagaan itu yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan juga jurulatih tali pinggang hitam serta pemilik Institut Aikido Maruyama, akademi seni pertahanan diri Jepun menjelaskan yang keputusannya untuk menanam harta bagi kemudahan selepas mati dibuat selepas menonton program Mesir purba minggu lalu.

“Saya menonton dokumentari mengenai Firaun yang sangat menarik. Mereka menanam semua harta untuk memperoleh kehidupan selesa selepas mati,” katanya.

Pada hari berikutannya, keputusan Count Scarpa untuk menanam kereta Bentley menerima lebih 5,680 like dan dikongsi lebih 6,000 orang. - AFP




✍ Sumber Pautan : ☕ dairishare

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qhvB5Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.