Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mesra dengan Umno cara politik matang: SU Agong Pas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mesra dengan Umno cara politik matang: SU Agong Pas

Sinar Harian
Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
KUALA LUMPUR - Tindak-tanduk Pas yang dilihat berlembut dengan Umno adalah contoh politik matang dan sejahtera.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pendekatan tersebut adalah mengikut keadaan.

Jelasnya, budaya politik matang sejahtera yang menjadi teras parti itu bukan hanya diamalkan dengan parti pemerintah sebaliknya dengan parti pembangkang juga.

"Berkenaan pertemuan menteri pertanian dengan Datuk Seri Abdul Hadi, itu adalah program yang berlangsung di Marang dan beliau (Hadi) adalah ahli parlimen di situ. Ini pedekatan kita yang baharu

"Dulu sebenarnya kita memang hendak hadir program-program kerajaan persekutuan tapi tak dijemput selain tidak mengizinkan," katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluangkan masa bersama bersarapan dengan warga nelayan di Marang, Terengganu.

Abdul Hadi hadir sebagai jemputan sempena Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Petronas di Marang Waterfront, Khamis lalu.

Dalam perkembangan lain, mengulas tentang dakwaan bahawa Pas menjadi parti yang rugi kerana tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan, Takiyuddin berkata, itu hanya andaian dan sesiapa boleh membuat analisa terbabit.
"Kita tahu apa kita lakukan. Kita faham dan kaji semua ini.
"Pas ada plan dan alternatif lain bila kita ambil tindakan dalam politik. Kita adalah parti politik yang telah berusia 66 tahun," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p8G03M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.