'Syok Lepak' Remaja Lelaki Jatuh Dari Tingkat Tiga
GAMBAR SEKADAR HIASAN |
Seorang remaja lelaki patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat beli-belah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supritendan Abdul Rani Alias berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi Ahad, mangsa berusia 17 tahun itu dipercayai duduk di palang besi bersama sekumpulan rakannya di tingkat tiga premis tersebut.
"Pengawal keselamatan bertugas telah menegur kumpulan remaja terbabit dan mereka kemudiannya turun serta meninggalkan kawasan itu.
“Bagaimanapun, secara tiba-tiba seorang daripada remaja terbabit naik semula dan duduk di tempat berkenaan sebelum dia hilang imbangan dan terus terjatuh,” katanya dalam kenyataan.
Katanya remaja lelaki itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan lanjut.-Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPPSMd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment