Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perempuan cina tunjuk lagak diburu polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perempuan cina tunjuk lagak diburu polis

 

Perempuan cina tunjuk lagak diburu polis|Polis kini berusaha mengesan pemilik akaun Facebook (FB), Anna Ong Iye Lung kerana mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam ketika mengulas insiden pergaduhan di Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana di sini, kelmarin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, polis kini menjalankan siasatan berhubung kenyataan dikeluarkan wanita berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Kita akan ambil tindakan terhadap Anna sekiranya dia didapati menyalahgunakan media sosial.

“Kalau dia mendakwa laman sosialnya itu diceroboh, kita akan jalankan siasatan.

“Bagaimanapun, sekiranya betul ia keluar daripada dia sendiri, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perjumpaan Persatuan Pesara Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Status FB itu mula tular di laman sosial hingga menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh negara termasuk Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas wanita itu.

Bagaimanapun, akaun berkenaan dipercayai dipadam tidak lama kemudian selepas menerima pelbagai kritikan netizen.

Kelmarin, beberapa jemaah surau berkenaan bergaduh dengan pemandu Toyota Camry kerana membunyikan hon panjang ketika solat Jumaat hingga mengganggu ketenteraman.

The post Perempuan cina tunjuk lagak diburu polis appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pTsXCq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.