Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Kematian Paling Pelik Yang Sukar Di Percayai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Kematian Paling Pelik Yang Sukar Di Percayai


Dalam banyak ajaran agama dan kepercayaan, kematian adalah sesuatu yang tidak boleh diramal. Bila, di mana dan bagaimana; tiada siapa yang tahu.

MATI DI MAJLIS PENGEBUMIAN SENDIRI


Seorang wanita Rusia, Fagilyu Mukhametzyanov disahkan meninggal dunia kerana kegagalan jantung. Namun, dia 'bangun' ketika majlis pengebumiannya sedang berjalan. Dia hidup untuk tempoh 10 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir. Kali ini, untuk selama-lamanya.



MATI KERANA CUBA BUKTIKAN CERMIN TAK BOLEH PECAH

Gary Hoy seorang peguam yang sangat berjaya namun punya kegemaran 'mengenakan' pekerja baru. Ketika mengiringi sekumpulan pelatih guaman, Gary bergurau dengan memberitahu satu tingkap di pejabat mereka tidak boleh dipecahkan. Untuk membuktikannya, Gary bertindak menghentam dirinya sendiri ke arah cermin tingkap tersebut. Cermin tersebut pecah dan Gary 'terhumban' ke luar tingkap dan meninggal dunia.



PENGGEMAR MAKANAN ORGANIK MATI SAKIT JANTUNG

J.I Rodale seorang yang sangat obses dengan produk organik; dari makanan sehinggalah barangan keperluan harian. Malah, dia juga tak percayakan perubatan moden dan tradisional sebaliknya punya alternatif sendiri dengan menggunakan barangan organik. J.I mengakui dia melakukan semua itu kerana mahu hidup sehingga usia 100 tahun. Namun dia meninggal dunia pada usia 72 tahun kerana serangan jantung.



JURUTERBANG PELATIH MATI DALAM FLIGHT SIMULATOR

Tiga juruterbang pelatih maut ketika sesi latihan dalam flight simulator, apabila sebuah pesawat Beechcraft King Air 200, terhempas di atas bangunan Keselamatan Penerbangan Kansas, yang menempatkan simulator tersebut.



MATI TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK DALAM PENJARA

Lawrence Baker didakwa kerana membunuh, namun dia terselamat daripada hukuman mati. Sebaliknya dia dipenjara seumur hidup. Satu hari, dia menggunakan tandas dan membawa fon kepala kerana sedang mendengar lagu. Aliran elektrik dari fon berkenaan dikatakan mengalir dan menyebabkan litar pintas pada tandas jenis duduk itu, dan Lawrence mati akibat terkena kejutan elektrik.

✍ Sumber Pautan : ☕ dairishare

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pntYzt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.