Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami 3 Bulan Kerja Offshore Balik Rumah Isteri Jumpa Kondom Dlm Beg TAPI Jawapan Suami Buat Isteri TERDUDUK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami 3 Bulan Kerja Offshore Balik Rumah Isteri Jumpa Kondom Dlm Beg TAPI Jawapan Suami Buat Isteri TERDUDUK



Ada daging Elok, Daging Busuk Juga mahu dimakan. Sudah ada yang halal, yang haram juga dikejar kejar.

Elok elok dah bernikah, pergi buat perkara tidak senonoh. Suami bercinta dengan janda. Konon nak selamatkan janda anak 3 tetapi telah menjandakan isteri anak 4. Isteri tidak sanggup poligami dan minta dilepaskan.

Isteri merajuk, tinggal senyap dalam rumah. Dah risau pulak. Selama ni, isteri setia depan mata buat tak tahu, sebuk melayan whatsapp kekasih di depan isteri. Bila isteri bagitahu nak balik rumah di selatan, kerana rumah di selatan rumah sendiri yang dibeli bersama, yang ditinggalkan kosong kerana mengikuti suami bertugas luar negeri dan menyewa sebuah rumah sederhana tanpa perabut.
Isteri sabar melayan anak dan suami. Suami balik terus boleh rehat, ada isteri yang urus anak, makan minum. Bila balik bukan mahu tanya “ayang dah makan, ayang masak apa hari ini? Ada benda nak masak?”

Balik aja hadap telefon, layan whatsapp kekasih. Isteri mana tak sakit hati. Selama ini setia menghambakan diri kepada suami, tiba tiba suami buat hal. Dulu masa susah, 20 tahun berumah tangga, itulah ayang, intan payung. Sekarang sudah kerja offshore, gaji ribu riba, duit banyak, tapi belanja dengan kekasih. Isteri begitu juga.

Rumah sewa murah, kosong takde perabut. Alasan, perabut semua dah beli, senang nak pindah jika rumah takde perabut. Tapi dia balik rumah, kata rumah suram dan muram. Tak fikirkah, isteri 24 jam di rumah, tidak pernah merungut apa apa, minta apa apa. Suami balik pukul 8.00 malam dan 8.00 pagi keluar semula. Kalau offshore kadang kadang 3 bulan tak balik rumah, isteri tetap setia menunggu.

Saya tak tahu suami jenis apa macam ni. Tidak menghargai kesetiaan isteri. Rugi , rugi…
20 tahun isteri bersabar, bukan suatu masa yang singkat hadap suami yang tiba tiba berubah jatuh hati pada janda anak 3. Memang janda tu seksi, tidak tutup aurat.

Sampai isteri pernah berkata pada suami, “abang terpikat sebab janda tu seksi dan tak tutup aurat? Kalau abang izinkan saya pun boleh macam tu. Saya cantik, saya seksi, tapi saya tak pernah tunjuk pada orang lain. Saya cuma tunjuk pada abang saja, tapi abang tak pandang pun saya. Abang hadap telefon tu saja, jadi abang tak nampak cantik dan seksi isteri abang.” Sambil menangis nagis.
Kasihan saya pada isteri ni, yang saya sudah kenal bertahun tahun.

Sekarang bila suami tak dapat respon isteri yang merajuk , suruh pulak saya pergi tengok, kot apa apa jadi.

“En. Kenapa nak ambik tahu dan ambik berat pulak sekarang ni? Dulu masa depan mata buat tak peduli. Bila kekasih merajuk, en pujuk, isteri merajuk buat tak tahu. Biarkan aja isteri memandu sendiri dengan anak kecik balik selatan. Kalau masih sayang, baliklah tengok, pujuk. Kalau tak peduli, biarlah dia buat apa apa. Kalau mati pun tentu en senang hati nak bernikah, tak payah bayar nafkah.”

Ayat lain yang saya tak ungkap, ” kalau jadi apa apa pada isteri kau, kaulah pembunuh anak isteri kau.”

Memang lelaki, sudah ada yang halal, yang haram jugak dikejar kejar. Mana isteri tidak kecewa, bila suami balik dari offshore luar negara, jumpa kondom di dalam beg. Bila ditanya, “kenapa ada kondom dalam beg?”

“Senang emergency ada kondom, tak kan awak tua tua nak beranak lagi , anak kecik pun belum setahun, belum berjalan lagi.”

“Abang, selama 20 tahun kita kahwin tak pernah pun abang guna kondom, alasan ini abang berikan pada saya. Ingat bila balik, kita rindu rindu asmara tapi abang takde pun dengan saya, abang relax aja. 3 bulan abang, bukan 3 hari. Lepas tu jumpa nak guna kondom? Logik ke bang?”

Atas merajuk ini isteri minta izin balik rumah di selatan, membawa hati yang amat luka. Allah tunjukkan sesuatu selain bercinta depan mata, jumpa kondom dalam beg kerja. Untuk apa? Dengan siapa?

Saya bercerita, bukan mengumpat atau mengata, takde nama yang disebut, tidak ada identiti yang dinyatakan, jadi jangan kata saya buka aib orang. Saya cerita untuk mengubah sempadan iman lelaki. Syaitan sudah membuka jalan untuk mengajak ke neraka. Nak memporak perandakan rumah tangga yang selama ini bahagia. Apabila Allah mengurniakan rezeki berlimpah limpah terus lupa daratan. Terus tersungkur iman.

Berhati hatinya. Memang ada di dalam kisah ketika Rasulullah diisrak , Rasulullah menemui satu kaum apabila diberikan dua magkuk daging, satu mangkuk daging busuk, satu mangkuk daging elok, tetap daging busuk yang diambik dan dimakan.

Inilah dia kisah benarnya yang berlaku di dalam masyarakat hari ini.

Kredit :
– Muna liza binti Ismail
Sumber: bulletinmedia

✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pUkCMU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.