Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kalau Dah Ludah Tu Jangan Terhegeh-Hegeh Nak Jilat Balik' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kalau Dah Ludah Tu Jangan Terhegeh-Hegeh Nak Jilat Balik'


Usia perkahwinan saya baru genap 3 thn. Alhamdulillah so far tiada cacat celanya perkahwinan ni.. saya & husband memang luangkan masa bersama memang 24jam sehari. Bekerja sendiri sama2. Keluar pun sama2, smpaikan hubby nak gi kedai runcit beli rokok pun mintak saya teman duduk dalam kereta. Kira dunia dia full time dengan saya la. 

Bila mmber dia ajak keluar pun kdg dia tolak. Dia kata malas sebab mmber2 byk cari die masa susah je, keluar dengan dorg mesti kena keluar duit. sebab dulu bila dpt duit je semua hilang dr radar. saya plak lepas kawen berhenti keje & tgl dengan hubby di sebuah negeri kat pantai timur tanah air. Pendek kata selain husband & wife kira kami ni dah mcm kawan rapat la.

Alkisahnya sebelum kami kawen memang hubby pernah bertunang & hubungan mrk putus lpas ppuan tu pilih utk bersama laki lain, hampir 2 thn gak la hubby saya frust & tgu ppuan tu sebelum kenal saya. Kira rasmi je ppuan tu kawen then baru hubby saya berhenti berharap, pilih utk move on & mula kenal saya seterusnya ke jinjang pelamin. Masalahnye sekarang ni lepas hampir sthn kami kawen ex tunang dia ni si A la kita panggil, ade 1 habit call hubby saya ckap dia bahagia la bagai, x salah la dia pilih lelaki tu jd suami. 

Hubby saya iyekan je la (sebenarnya malas jugak nak dgr). Si A siap tanye hubby saya lg bahagia ke dengan saya? (Tujuannya nak menunjuk yg betul la pilihan dia tu & riak dia lbh bahagia dr kami). Sebenarnya hubby saya pun rimas jugak jd masa first time si A call cerita itu ini, tamat je panggilan memang hubby saya blok tros whatsapp & call dr no si A tu. Takut nnt si A call & ckap camtu lg.

Then dalam bbrp bln lepas tu ade 1 panggilan dr unknow number bila suami saya angkat rupanya si A yg call. Hubby saya ni bila org call klu dia dah angkat dia x tergamak letak call mcm tu je wlpun dia sebenarnya malas nak layan. so dia akan dgr dlu then lepas tamat panggilan tu dia akan block no tu. 

Selang x berapa lama mgkin bila si A ni ade call hubby saya tp x dpt jd Si A ni akan call hubby saya guna no lain setiap kali.. sepanjang usia perkahwinan kami ni ade la dalam 5 ke 6 kali si A tu call & ade la bbrp kali masa tu saya ada kat sblh hubby saya. Kira start dulu dia call riak nak bgtau dia bhagia smpai la panggilan terbaru sekarang rumah tangga dia bermasalah. 

Sampaikan maki hamun, penampar, sepak & terajang tu dah jd makanan wajib la katanya. Xtau la nak mintak simpati hubby saya or mintak 'kaki' dr saya. Semenjak si A dpt anak sorg ni lebih kritikal masalah dia.

Ape yg si A cerita memang hubby akan cerita balik kat saya. (dalam hati saya kadang rasa nak ckap padan muka je ko x bahagia sekarang sebab ko yg pilih laki tu dulu, sekarang dah jd camni gatal nak call cari laki aku kenapa?) cuma panggilan yg terakhir tu dia call memang saya kat sblh hubby saya, saya dgr je ape yg suami saya bualkan. yg buat saya rasa geram tu ade ke patut hubby saya cerita balik yg si A kata nnt klu mereka bercerai, dia nak balik kat hubby saya. 

Tak kisah jd no 2 pun (amboi senang nya hidup kata saya dalam hati). Hubby saya siap berseloroh "isteri sorg pun susah nak jga inikan plak double" smbil gelak2. sekarang ni saya fhm masalah si A coz kami masing2 wanita, cuma pergi lah cari org yg benar2 layak mendengar masalah awk (pejabat agama ke) bknnya cari hubby saya. 

Dia kena cari jln penyelesaian lain. Bkn bila terluka dengan suami sendiri baru nak igt kebaikan hubby saya masa dorg bertunang dulu. Mesti lah dah x sama. Masing2 dah ade kehidupan sendiri. dia kena pikir jugak hati saya sbg seorang isteri mesti ade sikit terkilan & rimas bila dia call hubby saya wlupun x kerap.

Adakala saya rasa nak je call dia maki2 tp hati kecil saya sbg seorg wanita ni x smpai hati pun. Nasib dia sekarang pun kurang baik so saya pikir x payah ditambah garam atas luka. Mgkin ini kifarahnya Allah balas atas silap dia dulu. saya juz nak minta klu dia ade terbaca nukilan ni mohon cari jalan lain utk selesaikan hal rumahtgga awk, bkn cari blk 'sejarah' hidup awk utk luah perasaan mahupun utk bersama semula. 

Erti kata lain kalau dah ludah tu jgn terhegeh2 nak jilat balik ye. Beruntunglah saya bkn jenis suka serang org. Sendiri fikir lah xde isteri yg suka ppuan lain call or contact suami dia. Peace no war. - www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pnHumJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.