Nicky Hayden meninggal dunia
PELUMBA Honda World Superbike Team, Nicky Hayden meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital hari ini, selepas dilanggar kereta dalam kemalangan di Itali, Rabu lalu.
Hayden, 36, yang juga juara MotoGP 2006, mengalami kecederaan di dada dan kepala akibat kemalangan itu yang berlaku ketika dia menunggang basikal dalam latihan di Rimini, Itali.
Gambar kemalangan yang diterbitkan media tempatan menunjukkan kerosakan teruk pada cermin hadapan kereta terbabit dan basikalnya.
Hayden yang dikenali sebagai ‘The Kentucky Kid’ mewakili pasukan MotoGP Honda dari 2003 hihgga 2015 sebelum ke Kejohanan World Superbike bagi musim 2016.
Hayden menang tiga grand prix dalam MotoGP pada 2005-2006 namun berjaya merampas kejuaraan dunia musim itu selepas pertarungan hangat dengan pelumba Yamaha, Valentino Rossi.
Kematiannya hampir tepat sebulan selepas pelumba profesional, Michel Scarponi meninggal dunia akibat dirempuh van ketika menjalani latihan berhampiran rumahnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qNvVIY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment