Pelajar maut kereta terbabas ketika elak binatang
Mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan itu Muhamad Norfitri Norizan, 20, berasal dari Kampung Sungai Melayu, Johor Bharu, meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata dalam kejadian 3 pagi itu, pemandu kereta itu Mohamad Fitri Ilham Rahiman, 20, dari Pasir Gudang, Johor Bharu masih tidak sedarkan diri dan kini sedang menerima rawatan di ICU, hospital berkenaan.
"Dua lagi rakan mereka, Ahmad Fariz Ar Azmi, 20, dari Skudai, Johor Bharu dan Haris Iskandar Hasim, 20, hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini.Beliau berkata kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka di Pekan sebelum kereta Proton Satria dinaiki mereka terbabas melanggar tiang lampu, dipercayai selepas Mohamad Fitri cuba mengelak seekor binatang yang melintas jalan.
Kesemua mangsa kemudian dikeluarkan oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke HTAA untuk mendapatkan rawatan.
"Siasatan mendapati keadaan jalan gelap kerana tidak berlampu namun cuaca baik serta jalan kering," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qa6gXM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment