Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan” – Bekas Mufti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan” – Bekas Mufti

Seseorang lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan remaja perempuan bawah umur secara rela – dianggap sebagai rogol statutori – bukan alasan seseorang hakim syariah membenarkan permohonan pernikahan, kata seorang bekas mufti.

Kata Datuk Ismail Yahya, mengikut hukum syarak, seseorang lelaki yang sudah beristeri tetapi berzina sepatutnya direjam sehigga mati.

“Hanya kerana dia telah merogol (statutoru) ia bukan alasan untuk hakim syariah beri kebenaran (bernikah dengan mangsa).

“Mengiku hukum Islam, seorang lelaki kalau dia dah berkahwin dan melakukan intercourse, illegal interrcouse, bermakna dia telah berzina.

“Lelaki yang begini telah melakukan zina dan dari hukum syarak, kena hukum rejam,” katanya pada forum Child Marriage: Setting Our Children Up To Fail di Kuala Lumpur hari ini.

Panel lain yang menjayakkan program berkenaan ialah Anggota Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan aktivis hak asasi kanak-kanak, Hartini Zainudin.

Mengikut undang-undang Malaysia, seseorang perempuan berusia bawah 16 tahun mesti mendapat kebenaran daripada mahkamah jika mahu berkahwin.

Ismail yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai mufti Terengganu memberitahu, kebenaran bernikah perlu diberi berdasarkan kepada pertimbangan ia akan memberi manfaat kepada remaja perempuan itu, serta sama ada bakal suaminya layak menjaga dengan baik.

Siapa tanggung dosa

Kenyataan itu dibuat kira-kira sebulan selepas Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, mencetuskan kontroversi ekoran kenyataanya di Dewan Rakyat.

Kata Shabudin, pernikahan membabitkan pasangan yang melakukan persetubuhan secara rela – walaupun dianggap rogol statutori mengikut undang-undang – boleh menjadi “ubat” kepada masalah sosial.

Bagaimanapun bekas hakim mahkamah syariah itu menegaskan kenyataan beliau diambil di luar konteks.

Katanya beliau tidak bemaksud pelaku zina itu perlu dikecualikan daripada hukuman mengikut undang-undang sedia ada.

Menurut Ismail bagi kebanyakan kes, permohonan untuk seorang perempuan bawah umur dibuat selepas berlaku persetubuhan.

Beliau juga berkata sesetengah keluarga akan cuba memberi tekanan kepada hakim mahkamah syariah untuk membenarkan pernikahan terbabit dengan meletakkan dosa seolah-olah ditanggung hakim berkenaan.

“Mereka akan kata: Siapa nak tanggung dosa ini? Yang arif nak tanggung dosakah? (Jadi) luluskanlah saja,” katanya.

Namun kata Ismail mengikut Islam sesuatu dosa itu ditanggung oleh pelakunya dan bukan orang lain.

Sementara itu Teo mempersoalkan mengapa perkahwinan kanak-kanak dibenarkan dan berlaku percanggahan undang-undang berkaitan kanak-kanak.

Katanya mengikut Kanun Keseksaan, usia perempuan yang perlu mendapat izin berkahwin ialah 16 tahun tetapi Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak menyatakan hubungan seks dianggap jenayah jika remaja itu berusia kurang daripada 18 tahun.

“Dan kita masih membenarkan perkahwinan kanak-kanak,” katanya.

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber “Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan” – Bekas Mufti

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pkpWXR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.