Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Sapa yang buat saya ni Pak Mad?" "Tuh. Nampak tak. Ada orang tanam sesuatu bawah rumah ni."Aku dan abah terus terkejut. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Sapa yang buat saya ni Pak Mad?" "Tuh. Nampak tak. Ada orang tanam sesuatu bawah rumah ni."Aku dan abah terus terkejut.




Pelbagai cerita kita dengar tentang perawat atau bomoh di dalam kehidupan kita semua. Samada mereka mempunyai pengalaman ataupun tidak, bertauliah atau sekadar mengaut keuntungan.

Kali ini cerita berdasarkan pengalaman seorang doktor, Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek). Beliau telah mendapat rawatan seorang bomoh bernama Pak Abu (bukan nama sebenar).

Jom kita baca pengalaman beliau sendiri.

Kisah ini adalah pengalaman aku sendiri dan ingin kongsikan bersama. Ia berlaku dalam tahun 2008 setelah aku diserang stroke. Aku mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Dibenarkan pulang dari wad neurologi setelah menerima rawatan hampir sebulan.

Setelah pulang ke kampung, ramai juga saudara mara ingin membantu. Ada yang memberi tip-tip perawatan cara kampung (rawatan tradisional), rawatan Islam dan ada juga memperkenalkan bomoh-bomoh untuk merawat aku. Walaupun aku seorang doktor, aku juga menerima dan ingin mencuba semua jenis perawatan yang diyakini.

Suatu hari, aku didatangi seorang tok bomoh yang dibawa oleh saudara aku. Dia memperkenalkan namanya sebagai Pak Mad (bukan nama sebenar). Katanya dia adalah tok bomoh perawatan Islam. Ok, aku percaya.

Pak Mad meminta segelas air kosong dan dijampi dengan satu mantera yang aku sendiri kurang pasti. Terkumat-kamit mulut Pak Mad. Terdengar seperti bacaan ayat-ayat quran. Tapi lain benar bunyinya. Lalu ditiup-tiup kedalam gelas yang berisi air itu. Ketika itu aku ditemani oleh abah.
"Doktor! Pak Mad nampak sesuatu dalam gelas ni," ujar Pak Mad dengan penuh keyakinan. "Nampak apa tu Pak Mad?" soal aku.

"Doktor ni kena buat orang laa."

"Sapa yang buat saya ni Pak Mad?"
"Tuh... Nampak tak. Ada orang tanam sesuatu bawah rumah ni."


Aku dan abah terus terkejut. Apa taknya sebab rumah ni memang tinggi tapi bawah dipenuhi pasir dan simen konkrit. Macamana 'seseorang' mampu menanam so called 'sesuatu' dibawah rumah ni.
"Pak Mad, macamana orang tu nak taman benda bawah rumah ni sebab bawah ni simen konkrit," jelas abah sambil menghentakkan kaki ke lantai beberapa kali. "Mmm... La ye ke," balas Pak Mad lagi dan terus bergegas keluar. Nak check katanya.

"Ok, mungkin Pak Mad salah tengok tadi. Nanti Pak Mad buat sekali lagi." Kata Pak Mad yang cuba menutupi penipuannya.

"Ok doktor, kali ni betul dah. Sah! Dia letak kat pasu bunga belakang rumah ni. Nanti Pak Mad nak check." Percubaan Pak Mad untuk kali kedua.

"Pak Mad, kat belakang rumah ni takde pasu bunga. Kat depan tu memang banyak pasu," kata abah sambil tersenyum. Kami dah mula rasa sangsi dengan Pak Mad ni.

"Pak Mad boleh tolong bacakan sekali lagi ayat-ayat jampi tadi tu. Saya nak dengar,"permintaan abah. Pak Mad bacakan ayat-ayat jampi dan didengari abah.

"Ini bukan ayat-ayat quran," kata abah. Aku dan abah terkejut juga dengan mantera ciptaannya. Dirasakan Pak Mad ni memang tak mengenali abah aku. Abah aku adalah ustaz yang mahir dengan Al-Quran dan kitab-kitab bahasa arab. Abah juga kelahiran saudi arabia. Now, he's in big trouble! Kan dah kantoi. Haha
"Takpe lah... Pak Mad boleh balik dan kami takkan membayar apa-apa. Ini bukan rawatan Islam yang dikatakan Pak Mad. Maaf ye Pak Mad. Terima kasih juga sebab ada niat untuk membantu anak saya."

Pak Mad berlalu pergi tanpa sepatah kata.

Ingin aku kongsikan satu hadis. Nabi SAW bersabda,

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim)

Tak kira dari kaedah mana kita merawat, yang penting kita perlu mengetahui asas perawatan dalam Islam. Asasnya cukup jelas dengan syarat perawatan menggunakan kaedah dan ubat-ubatan yang halal diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit dan tidak melanggar hukum-hukum syara'.

Sabda Nabi SAW di dalam hadis,

“Barangsiapa mendatangi dukun atau tukang sihir lalu mempercayai apa yang dikatakannya; maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.” (riwayat Al-Bazzar)

Semoga kisah ini bermanfaat untuk semua.

Dr Zek

Dari pengalaman Dr zek sendiri di atas dapat kita lihat pelbagai isu dengan perawat atau bomoh nie..




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9tj62

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.