Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sembur Sekali, Seminggu Kemudian Rumput Mati & Mudah Dicabut - Lebih 31,000 Netizen Share Tips Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sembur Sekali, Seminggu Kemudian Rumput Mati & Mudah Dicabut - Lebih 31,000 Netizen Share Tips Ini


Rumah yang aku beli baru-baru ini ada ruang tanah sikit. Tak besar mana tapi dalam 2 atau 3 kangkang kera. Aku memang saja beli rumah yang ada ruang tanah sebab aku percaya, setiap manusia yang menghirup oksigen di muka bumi ini perlu menyumbang kembali kepada alam sekitar dengan menanam tumbuhan di ruang tanah mereka. Ini lebih elok dari kau beli rumah dan pantang ada ruang tanah sikit, kau simenkan sampai tak ada sekelumit pun kehijauan di situ.

Tapi masalah asas bila kau ada ruang tanah ini adalah, bila ianya ditumbuhi rumput liar, lebih-lebih lagi rumah baru siap dan kau baru nak pindah masuk. Kena pula kau jenis pencinta alam sekitar macam aku dan tak suka nak guna bahan racun herbisid yang merbahaya kepada alam sekitar.

Usah gelabah, kalau tak suka guna racun herbisid macam paraquat, boleh buat herbisid organik sendiri dengan menggunakan bahan asas yang ada kat rumah. Kau hanya perlukan cuka masakan dan sabun pencuci pinggan. Juga alat penyembur supaya senang kerja kau.


Tuang cuka masakan itu dalam alat penyembur dan titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun pencuci pinggan. Kemudian kau sembur sepuas hati.

Cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid asetik ini sangatlah tidak sesuai dengan kebanyakan jenis tumbuhan. Sabun pencuci pinggan tadi pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka kau sembur tadi melekat elok pada tumbuhan tersebut.

Aku sembur sekali sahaja dan seminggu kemudian bila aku datang kembali, rumput liar yang hijau tadi dah jadi coklat (mati). Kerja kau seterusnya adalah bawa keluar cangkul dan kerjakan semua rumput mati itu. Tak susah mana pun sebab selepas seminggu akar rumput pun dah kering dan mudah dicabut. Tak payah panggil Bangla datang meracun dan cabut rumput.

Lebihan cuka kau boleh guna untuk buat ikan masak cuka dan lebihan sabun pencuci kau guna untuk cuci pinggan (jangan kau belasah campur dalam ikan masak cuka pula). Selesai.



✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pnTR2i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.