Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terkejut dipuji Nicky Astria - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terkejut dipuji Nicky Astria

JUARA Mentor Milenia 2017, Elica mengakui terkejut dan berbesar hati apabila nyanyiannya dipuji penyanyi legenda Indonesia, Nicky Astria di Instagram (IG).

Videonya menyanyikan lagu Samar Bayangan nyanyian asal penyanyi itu di Final Mentor Milenia, 7 Mei lalu dimuat naik Nicky di akaun IG miliknya, hari ini seraya mengakui kehebatan Elica.

“Saya sejujurnya tidak pernah bermimpi akan mendapat pujian daripada penyanyi legenda seperti beliau. Keluar daripada mulutnya, ia benar-benar mengejutkan saya.

“Sebaik mengetahui dia memuat naik video berkenaan di akaun IG peribadinya, saya serta-merta memeriksanya kerana masih tidak percaya.

“Pertama kali mendengar lagu itu, saya jatuh cinta. Istimewanya, lagu itu jugalah yang membawa tuah dan memberikan saya kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Nicky berkata, bukan mudah menyanyikan lagu berkenaan dan nyanyian Elica lebih bagus daripada nyanyiannya.

“Saya dapat tahu mengenai hal ini daripada seorang rakan. Bagus sangat kerana lagu ini menuntut tenaga dan nafas yang panjang.

“Jika arwah Datuk Adnan Abu Hassan masih ada, pasti beliau bangga lagu ciptaannya mampu dinyanyikan kembali generasi baru jauh lebih baik daripada penyanyi asal,” katanya sambil mendoakan Elica terus sukses.

The post Terkejut dipuji Nicky Astria appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rkCy3i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.