Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu ‘Scam’ Konsert Ed Sheeran: Syarikat Bekal Tiket Lapor Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu ‘Scam’ Konsert Ed Sheeran: Syarikat Bekal Tiket Lapor Polis

Baru-baru, kecoh di internet mengenai tiket konsert penyanyi British, Ed Sheeran – ‘Ed Sheeran (Divide) Tour’ yang akan berlangsung di Bukit Jalil ini 14 November depan, telah pun habis dijual dalam tempoh dua jam.

Ramai peminat di tanah air meluahkan rasa kecewa kerana terlepas peluang mendapatkan tiket untuk menyaksikan konsert penyanyi kegemaran mereka itu.

Timbul dakwaan mengatakan kehabisan tiket konsert itu gara-gara ‘ulat tiket’ yang telah memborong tiket-tiket dan kemudian menjual dengan harga dua kali ganda lebih mahal kepada peminat.

Malaysian Digest mendapat penjelasan daripada pihak MyTicket.Asia mengenai isu tersebut.

“Sistem kami adalah OK, dan tidak ada masalah dengan jualan tiket.

“Jika ada isu, tentu kami tidak dapat menjual tiket kami yang kini telah habis dijual,” katanya yang sekaligus mengesahkan lebih daripada 10,000 tiket telah dijual.

Tegas Arief lagi, terlalu ramai pembeli menunggu giliran dan had sistem mereka untuk tiket adalah sulit.

“Barisan terlalu panjang. Berjuta-juta orang telah beratur dan berdasarkan laporan saya, mereka dari seluruh Asia Tenggara – Singapura, Indonesia dan Thailand, jadi tidak hanya rakyat Malaysia yang ingin membeli tiket,” katanya Pengurus IT, Arief Ahmad,.

Sementara itu, Arief juga menyatakan, pihak syarikatnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berkemungkinan besar bertindak sebagai ulat tiket yang membeli tiket secara pukal.

“Kami tahu mengenainya dan kami telah membuat laporan polis. Polis akan menyiasat dan mengesan penjenayah tersebut,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai prosedur syarikat dalam mengendalikan perkara itu.

Bagaimanapun bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi pada masa akan datang, Arief menasihatkan peminat untuk mula beratur awal. Difahamkan, peminat telah mula beratur seawal 8 pagi, dan sebanyak 70 peratus pembeli yang membeli tiket menerusi online.

Sementara itu, Jessie Lim iaitu wakil daripada Warner Music Malaysia selaku label rakaman Ed Sheeran di sini berkata, pihak pengurusannya tidak menyedari mengenai penipuan penjualan tiket-tiket tersebut.

“Saya pertama kali mendengar hal itu dan saya tidak tahu mengenai penipuan di mana orang menjual semula tiket pada harga yang lebih tinggi,” katanya.

Walau bagaimanapun, Jessie berkata Warner Music tidak mempunyai kawalan ke atas perkara itu kerana PR Worldwide adalah penganjur acara yang bertugas artis, dan bukan mereka.

“Kami tidak mempunyai maklumat mengenai apa yang berlaku, jadi kami tidak bertanggungjawab. Apa yang kita tahu adalah tiket konsert itu habis dijual seperti yang dijangkakan. Sambutannya juga sama seperti yang berlaku di konsert Ed Sheeran di tempat lain sebelum ini.

“PR Worlwide mempunyai kawalan penuh dan hanya akan memaklumkan kepada pihak kami tentang hal-hal yang berkaitan seperti rakan kongsi yang disahkan, jemputan media dan wakil kami akan berada di sana pada konsert itu nanti,”katanya.

Walau bagaimanapun, Jessie berkata pihak pengurusannya akan mengadakan perbincangan dengan PR Worldwide untuk memahami sepenuhnya apa yang berlaku.

Malaysian Digest cuba mendapatkan komen daripada PR Worldwide berhubung perkara tersebut bagaimanapun mereka masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kontroversi konsert itu.

The post Isu ‘Scam’ Konsert Ed Sheeran: Syarikat Bekal Tiket Lapor Polis appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qnVsbs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.