Hi! Welcome Back and Stay Tune! Halau Anak, Ibu Sarat Mengandung Dan Bapa TIri Ditahan. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Halau Anak, Ibu Sarat Mengandung Dan Bapa TIri Ditahan.

Polis menahan dan mengambil mengambil keterangan ibu kandung serta bapa tiri kanak-kanak sembilan tahun yang mendakwa didera selepas ditemui dalam keadaan mencurigakan

Sungai petani: Polis menahan dan mengambil mengambil keterangan ibu kandung serta  bapa tiri kanak-kanak sembilan tahun yang mendakwa didera selepas ditemui dalam keadaan mencurigakan di Kampung Sungai Pasir Ahad lalu.
Lelaki berusia 41 tahun itu diambil keterangan bersama isterinya yang sedang sarat hamil lapan bulan selepas mempercayai terdapat unsur penderaan ke atas mangsa.
Dalam kejadian Ahad lalu, lebih kurang jam 2.40 petang, polis menerima maklumat berkaitan seorang pengawal keselamatan yang menemui mangsa di jalan belakang Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir mendakwa dipukul dan dihalau ibunya dengan membawa beg berisi muatan pakaian.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, siasatan mendapati, disebabkan kenakalan mangsa yang banyak membuat masalah, telah menimbulkan kemarahan ibu serta bapa tiri menyebabkan mangsa dipukul.
Menurutnya, ibu mangsa ada mengaku memukul mangsa bertujuan mendidik, bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan parut lama pada pipi dan betis.
“Mangsa telah diambil pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.
Semalam, melalui kenyataan terdahulu, polis mendapati tiada sebarang unsur penderaan di badan mangsa membolehkan kanak-kanak itu diserahkan kembali kepada keluarga.

Bagaimanapun, hasil siasatan pegawai pelindung kanak-kanak petang semalam berpendapat wujudnya elemen penderaan membolehkan mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan laporan lengkap perubatan.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qolQCn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.