Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakaman Video Hantu Sedang Duduk Bersila Di Bukit Tunku Turut Mendapat Liputan Media Popular Di United Kingdom - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakaman Video Hantu Sedang Duduk Bersila Di Bukit Tunku Turut Mendapat Liputan Media Popular Di United Kingdom


Kejadian terserempak dengan lembaga putih atau pun hantu yang melayang di udara di beberapa lebuhraya khususnya di Lebuhraya Karak sememangnya pengalaman yang biasa dihadapi oleh mereka yang sering menggunakan laluan di kawasan berkenaan ketika hari jauh malam.

Terkini, seperti yang dilaporkan satu kawasan yang berdekatan dengan Bukit Tunku dan juga Taman Tasik Perdana, dikatakan satu entiti paranormal dilihat sedang duduk di tengah jalan raya yang berjaya dirakamkan oleh kamera papan pemuka ketika waktu malam.

Menerusi laporan Mstar, kejadian yang amat menyeramkan itu berlaku ketika kereta melalui selekoh berkenaan, entiti tersebut dapat dilihat dengan jelas sedang menyilangkan kaki seperti dalam kedudukan bersila sehingga membuatkan pemandu dan penumpang kereta berkenaan terkejut dan panik seketika.

Menurut kenyataan Aswan Yap di laman Facebook miliknya berkata, semasa kejadia, dia bersama rakannya dalam keadaan panik dan cuba menghentikan kereta, tetapi semua lampu amaran telah menyala dan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan kereta mula menunjukkan seperti mempunyai masalah.


"Sekiranya anda mengatakan yang ada di atas jalan itu adalah kucing atau sampah atau apa sahaja, saya benar-benar berharap anda tidak memilik lesen kerea".

Selain itu, laman berita popular di United Kingdom, Mirror turut tidak ketinggalan melaporkan tentang kejadian yang disifatkan amat menyeramkan serta menakutkan itu.

Seperti yang dilaporkan laman Mirror, pemandu berkenaan dengan segera menghentikan kereta dan turut memberitahu kejadian berkenaan sungguh menakutkan. Kemudiannya, penumpang kereta terbabit juga kedengaran seperti mengiyakan saja kata-kata pemandu tersebut.

Dengan tidak berlengah ladi dan tanpa berfikir panjang, Aswan mengundurkan kereta bagi melarikan diri daripada entiti yang disangkakan hantu itu.

Sehingga kini jam 10.30 malam, rakaman video berkaitan dengan hantu ini telah ditonton lebih dari 368,000 tontonan semenjak dimuat naik pada 7 Mei yang lalu.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pRbOqf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.