Hi! Welcome Back and Stay Tune! Faizal Hussein Dedah Pernah Dipeluk, Dicium Peminat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Faizal Hussein Dedah Pernah Dipeluk, Dicium Peminat

Pelakon Faizal Hussein mengakui pernah melalui satu era di mana dia menjadi sanjungan peminat sehingga apa sahaja yang dilakukan menjadi perhatian mereka.

Memetik laporan Media Hiburan, aktor yang mula dikenali menerusi watak Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja (1986) ini, beliau pernah dipeluk dan dicium peminat.

“Dulu peminat susah nak jumpa artis, jadi bila sesekali dapat berjumpa keterujaan mereka kadang-kala berada di luar kawalan.

“Pernah suatu ketika saya membuat persembahan di Sarawak, ada peminat wanita yang datang serbu di belakang pentas sambil memeluk dan mencium saya ketika mahu bergambar.

“Tindakan itu sangat mengejutkan, tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia terlalu pantas berlaku,” imbasnya.

Selain itu kata Faizal, dia turut menerima pelbagai hadiah daripada peminat yang dihantar menggunakan alamat rumahnya sehingga kadang-kadang dia tidak sempat untuk membuat hadiah tersebut kerana terlalu banyak.

“Zaman dulu alamat rumah kebanyakan artis disiarkan di majalah, jadi senanglah peminat untuk hantar surat, hadiah dan sebagainya secara terus kepada kami.

“Bagaimana ketika itu tiada isu tentang keselamatan bila kita mendedahkan alamat rumah kerana situasi industri ketika itu tidaklah besar macam sekarang,” ujar Faizal.

Menurut Faizal lagi, dia tidak mempunyai formula tertentu untuk kekal berada di dalam industri sehingga hari ini. Namun apa yang menjadi amalannya adalah dengan memberikan yang terbaik dalam apa pun kerja yang dilakukan.

“Dulu peluang tidak banyak sebagaimana yang ada pada hari ini di mana bukan senang untuk seseorang pelakon itu mendapat tawaran berlakon dalam satu-satu jangkamasa.

“Bila selesai satu-satu penggambaran yang kita buat, entah bila pula tawaran baru akan dapat dapat dan itulah yang membuatkan pelakon-pelakon dulu sangat menghargai setiap tawaran berlakon yang mereka peroleh.

“Masing-masing bekerja dengan sehabis baik dan tidak pernah ada cerita pelakon meninggalkan lokasi meski apapun masalah yang berlaku,” ujarnya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin (2012).

The post Faizal Hussein Dedah Pernah Dipeluk, Dicium Peminat appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmzqnv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.