KEJAM!! Bunuh penuntut UiTM di lebuhraya, bekas tukang masak dihukum gantung sampai mati
TAIPING, PERAK - Bekas tukang masak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping hari ini, selepas didapati bersalah membunuh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, dua tahun lalu, lapor Harian Metro.
Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan terhadap Syarafi Abu, 27, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Syarafi didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berdekatan Bukit Gantang, jam 11.55 pagi 2 Februari 2015.
Syarafi didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.
Laporan akhbar sebelum ini melaporkan Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh Syarafi yang juga tinggal sekampung dengannya ketika mereka menaiki kereta menghala arah selatan pada hari kejadian.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar ketika mendapatkan rawatan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmkx3T
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment