Hi! Welcome Back and Stay Tune! David Tinggalkan Bujang Senang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

David Tinggalkan Bujang Senang



“SUDAH tiba masa saya untuk berehat.” Demikian pengumuman yang dilakukan oleh ketua jurulatih Sarawak, David Usop untuk ‘merehatkan’ diri daripada tugas selaku pengendali skuad utama Bujang Senang berkuatkuasa serta-merta semalam. 

Beliau membuat keputusan tersebut kurang 24 jam selepas pasukan kendaliannya tewas 1-3 kepada Felda United pada aksi Liga Super 2017 di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin. Sebelum ini, Sarawak turut mengalami kekalahan besar ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 0-4 sebelum tewas 1-2 kepada Selangor selang beberapa hari kemudian.

David yang mula mengemudi pasukan Sarawak selepas menggantikan bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berkata, keputusan untuk ‘berehat’ diambil dengan kerelaan hati tanpa sebarang desakan daripada mana-mana pihak.

“Sudah tiba masanya saya berehat. Keputusan ini agak sukar tetapi saya perlu jujur dan perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dengan skuad Sarawak.

“Selepas menilai pres­tasi semasa pasukan Sarawak yang berdepan dengan tiga kekalahan berturut-turut, lebih baik saya berehat kerana kekalahan dalam perlawanan bola sepak adalah tidak baik untuk keseluruhan skuad Bujang Senang,” kata David pada sidang akhbar di Stadium Negeri, Kuching semalam.

Mengulas lanjut, David memberitahu, penolong jurulatih, Pengiran Bala yang juga bekas pemain Sarawak dijangka memangku tugas yang ditinggalkannya bagi menghadapi baki perlawanan dalam Liga Super dan Piala Malaysia musim ini. Jelas David, beliau yakin de­ngan kemampuan Pengiran untuk membawa angin baharu dalam skuad Bujang Senang.

“Bagaimanapun, keputusan itu terserah kepada pihak pe­ngurusan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi memastikan skuad Bujang Senang terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan, begitu juga dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

“Pada kesempatan ini juga, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan FAS kerana memberi peluang kepada saya untuk mengemudi pasukan ini meskipun jodoh dengan FAS tidak lama,” ujar­nya lagi.

Sementara itu, FAS dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh David yang mengumumkan untuk ‘berehat’ sementara. “Pihak FAS ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai segala jasa beliau dalam menguruskan pasukan Sarawak sehingga beberapa kali kekal di dalam saingan Liga Super.

“FAS juga mengumumkan jawatan ketua jurulatih akan dipangku oleh Pengiran bagi mengharungi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia 2017,” kata kenyataan itu. Sarawak kini menduduki tangga ke-10 dalam Liga Super 2017 dengan mengumpul 14 mata hasil tiga kemenangan dan lima seri.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sS7wA8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.