"Di Sini Aku Nak Tekankan Kepentingan Car Seat." Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Sewaktu Mereka Sekeluarga Terlibat Dalam Kemalangan..
Perkongsian daripada Puan Fatihah Sallehuddin
Kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan masa nak balik rumah dari Batu Pahat dekat highway pasir gudang. Ni masa habis cuti raya haritu.
DI SINI AKU NAK TEKANKAN KEPENTINGAN CAR SEAT
Accident melibatkan tiga buah kereta. Kereta kami yang last. Langgar viva. Impak seperti dalam gambar.Masa tu husband memang tak drive laju pun tapi kesan dia teruk jugak.
Alhamdulillah tak de siapa cedera.Cuma faqih tercampak ke bawah sebab dia tidur atas seat kereta.Ralatnya rasa tak bawak car seat faqih due to kotor sebab aiskrim terjatuh dan tak sempat cuci.
Lepas je impak tu,terus angkat faqih and check dia.syifa memang dalam seat dia. Dan tengok apa jadi dekat Syifa.
| kereta saya TAK ADA airbag untuk passenger ya... rajin-rajin baca tau.. |
Point pertama, pastikan anak-anak anda duduk di car seat yang sesuai. Tak semestinya kena beli yang mahal.
Poin kedua, SEAT BELT tu wajib dipakai. Duduk kat car seat tapi tak pakai belt pun tak guna. Mak bapak pun kena pakai seat belt jugak!
Poin ketiga, pastikan car seat dipasang mengikut arahan. Sebagai contoh,kalau baby kena pandang belakang selagi tak cukup berat, jangan gatal nak pasang seat menghala ke depan. Ada sebabnya semua tu.
Poin keempat, abaikan mulut mulut yang bising pasal seat. Apa-apa jadi,anak kita yang tanggung. Kita yang susah hati. Orang yang bising-bising tu? Tidur dengan senang hati.
Poin kelima, tolong sebarkan kes kami ni sebagai pengajaran. Bagi kat laki atau bini masing-masing yang rasa car seat tu tak penting.
| Refer car seat masing-masing.. baby baru 6.9kg sebab tu dia menghadap belakang |
Alhamdulillah syifa selamat dan lena dalam seat. Berdetik pun tidak. Boleh bayangkan tak kalau syifa dipangku?Boleh bayangkan apa yang boleh berlaku dengan impact tu?Bukan nak kata car seat jadikan manusia tu tak cedera tapi sekurang-kurangnya kita usaha.
| Baca warning tu. Kereta saya TAK ADA airbag -Pen Merah Press
|
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t5pVxH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment