Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Dia kata tak ingin pun suami saya, dah ada kekasih kacak tapi akhirnya kantoi juga” – Isteri Alif Aziz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Dia kata tak ingin pun suami saya, dah ada kekasih kacak tapi akhirnya kantoi juga” – Isteri Alif Aziz

 “Hati wanita mana yang tidak tercalar apabila suami sanggup mempertahankan orang lain, berbanding isterinya sendiri?” luah isteri kepada artis yang ditahan polis awal pagi tadi atas dakwaan mengasari wanita terbabit.

 

Baca:

"Dia kata tak ingin pun suami saya, dah ada kekasih kacak tapi akhirnya kantoi juga" - Isteri Alif Aziz

“Dia kata tak ingin pun suami saya, dah ada kekasih kacak tapi akhirnya kantoi juga” – Isteri Alif Aziz

 

 

Apatah lagi insiden berkenaan berlaku ketika beliau masih lagi dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka, 20 hari lalu.

Insiden yang dilaporkan berlaku di sebuah pusat karaoke itu membabitkan wanita, yang didakwa sebagai bakat baharu, Afifah Nasir.

Afifah juga memberi kenyataan kepada BH Online sebentar tadi, mendakwa beliau berjumpa dengan artis lelaki terbabit atas urusan produksi.

“Memang ada pergelutan dan saya cedera sedikit. Ini juga kali pertama dia bertindak kasar terhadap saya kerana mempertahankan seorang wanita.

“Bayangkan, saya ditinggalkan begitu saja…dia dan pelakon wanita terbabit berlalu pergi meninggalkan premis karaoke itu. Mujur kakitangan di situ membantu saya.

“Kalau tanya soal hati, memang saya begitu terluka. Namun, saya melahirkan zuriatnya. Saya enggan terlalu dibuai emosi kerana tak mahu anak ini hidup tidak berbapa jika terlalu menurutkan rasa amarah.

“Rumah tangga kami pun masih baru dibina. Saya harap ada jalan penyelesaian terbaik dalam hal ini. Selagi boleh dipertahankan, akan saya lakukan.

“Selama ini orang produksi sendiri tahu bagaimana dia melayan saya. Dia memang suami yang mengambil berat dan sayangkan saya.

“Bagaimanapun, lain jadinya selepas dia dan pelakon itu berlakon bersama dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu,” kata beliau ketika menghubungi BH Online.

Kata wanita itu, selama suaminya bergandingan dengan beberapa pelakon lain, insiden seumpama itu tidak pernah berlaku.

“Saya hanya berada di lokasi penggambaran pada hari pertama dan kedua. Hari seterusnya, dia sendiri cakap saya tidak perlu menemankannya di lokasi.

“Saya bersangka baik kerana ketika itu saya pun tengah sarat mengandung. Kalau diikutkan, saya masih kuat bergerak walaupun sarat. Saya tak terfikir rupa-rupanya ada sesuatu yang memungkinkan hal ini terjadi.

“Kru produksi drama ini pun tak sampai hati hendak membiarkan hati saya terluka dan kasihankan saya yang berbadan dua. Satu persatu saya mula dapat tahu kisah mengenai pelakon itu yang cuba menggoda suami saya.

“Saya ada bukti paparan skrin perbualan, gambar dia peluk suami saya dan juga video CCTV mereka berpegangan tangan mesra di premis karaoke itu. Jangan cuba nak menafikan kebenaran yang sudah terserlah.

“Kenapa dia yang sudah mempunyai teman lelaki yang kacak sanggup berbuat begitu, seolah-olah mahu merampas suami daripada saya. Apalah yang dia buat sampai suami saya begitu tergila-gilakan dia?” katanya.

Wanita itu berkata, beliau juga pernah merayu kepada pelakon itu untuk tidak mengganggu rumah tangganya.

“Saya pernah menghantar kiriman WhatsApp kepadanya dengan baik. Dia cakap, dia tak ingin pun dengan suami saya. Dia juga cakap sudah ada kekasih kacak. Tapi, akhirnya ‘kantoi’ juga,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber “Dia kata tak ingin pun suami saya, dah ada kekasih kacak tapi akhirnya kantoi juga” – Isteri Alif Aziz

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uIxub3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.