Setelah dikecam teruk kerana kata isteri Alif Aziz meroyan, ini penjelasan Anzalna Nasir isu skandal adiknya
SELEPAS teruk dihentam netizen, pelakon Anzalna Nasir mengambik kesempatan untuk menyiasat perkara sebenar di sebalik kontroversi melibatkan adiknya, Afifah Nasir yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah.
Jelas Anzalna menerusi posting di Instagram miliknya pada Jumaat, sekiranya Afifah benar bersalah adiknya itu perlu bertaubat dan meminta maaf.
“Helo sabar ya, aunty ni tengah tolong siasat untuk korang. Kalau @afifahnasir93 bersalah maka haruslah bertaubat dan minta maaf.
“Tapi sekiranya kalau pihak sana bersalah apa patut kita buat? Makcik tolong selesaikan masalah ni. Penat dah diorang taip tu… masing-masing tak sabar nak tahu kebenaran… termasuk la I! #JanganDengarSebelahPihakSahaja,” tulisnya.
Bagaimanapun Anzalna menutup ruang komen Instagramnya dipercayai bagi mengelak pengikutnya berterusan membuat pelbagai spekulasi dan menunding jari tanpa mengetahui kebenaran.
Afifah dan Aliff sama-sama terlibat dalam drama bersiri Izinkan Aku Mencintaimu.
Mana tidaknya, sejak petang Jumaat, Instagram Anzalna yang mempunyai 2.3 juta pengikut menjadi medan ‘perang’ apabila ramai menyatakan rasa tidak puas hati terhadap aktres drama bersiri Dendam Aurora itu kerna masuk campur dan membela adiknya.
Ia berpunca apabila Anzalna membalas komen seorang pengikutnya yang memberitahu dia memahami perasaan perempuan yang baru lepas bersalin yang adakalanya diserang meroyan.
Walaupun tidak menyebut nama sesiapa dalam komennya itu namun ia sudah cukup untuk menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengikutnya terutama wanita yang menganggap Anzalna tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang dicurangi suami.
Tambahan pula komen itu kelihatan seolah-olah ditujukan kepada Bella yang sedang dalam pantang selepas melahirkan cahaya mata pertama pada 8 Julai lalu.
“Kadang-kadang kita faham perasaan perempuan baru lepas bersalin ni lain sikit perangainya bak kata orang meroyan.
Aliff ditahan polis selepas didakwa memukul isterinya yang kini sedang dalam berpantang.
“Tapi itu orang tua cakap. Jangan salahkan I. Semoga dapat diselesaikan dengan maju jaya hehehe,” tulisnya bagi membalas komen salah seorang pengikutnya di laman sosial itu.
Ramai menyifatkan Anzalna sebagai kakak patut menasihati dan ‘mengajar’ adiknya terlebih dahulu dan bukannya mempertahankan perbuatan Afifah yang didakwa sebagai punca pergolakkan rumah tangga Aliff dan Bella.
Malah ada menganggap Anzalna sepatutnya lebih memahami perasaan seorang wanita yang dizalimi suami sendiri dan bukannya bertindak melulu menyebelahi adiknya.
Lebih menyakitkan apabila ada netizen turut mendoakan agar Anzalna tidak melalui situasi sama suatu hari nanti dan berharap ketika itu dia tidak berasa menyesal.
“Beranak dulu dik baru tahu apa itu meroyan… harap laki awak cari perempuan lain masa awak berpantang nanti… tengok siapa yang meroyan.
Komen Anzalna menimbulkan kemarahan peminatnya.
“Apa pun alasan Anzalna dan adik-beradiknya, kau patut tahu bukan seorang perempuan yang baik kalau menggangu laki orang walaupun dia membenarkannya.
“Satu Malaysia tahu kot Bella tu berpantang, takkan kau tak tahu!
“Eh aku memang pantang kalau perempuan kacau rumah tangga orang lain. Jangan cuba pertahankan adik awak tu. Terang lagi bersuluh kot dia bersalah. Itu antara sebahagian komen yang ditinggalkan di Instagram Anzalna.
Dunia hiburan pada Jumaat dikejutkan dengan berita apabila Aliff ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita di pusat hiburan berkenaan yang mana wanita itu ialah Afifah.
Sumber: Mstar
Sumber Setelah dikecam teruk kerana kata isteri Alif Aziz meroyan, ini penjelasan Anzalna Nasir isu skandal adiknya
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v3XmRB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment