Hi! Welcome Back and Stay Tune! Prestasi Hambar Pasaran Saham Global, Ekuiti Eropah Didagang Rendah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Prestasi Hambar Pasaran Saham Global, Ekuiti Eropah Didagang Rendah

Pasaran saham Asia merosot pada Jumaat apabila kaunter-kaunter teknologi di Amerika Syarikat jatuh selepas kenaikan baru-baru ini. Walaubagaimanapun, keyakinan dalam pendapatan syarikat dan ekonomi global secara keseluruhan masih menyokong sentimen positif.

Pasaran saham Eropah selepas dua jam pembukaan bergerak lebih rendah yang dapat dilihat pada indeks Jerman DAX jatuh 0.68% setakat pukul 4.59 pm. Manakala CAC 40 di Perancis susut 1.34%.

STOXX 600 yang menggabungkan 600 kaunter saham di seluruh Eropah merosot 1.04% setakat ini, menunjukkan prestasi keseluruhan yang suram di Eropah ketika ini.

Indeks MSCI Asia Pasifik kecuali Jepun pula jatuh 1.1%, hampir memadam semua kenaikan yang direkod minggu ini, di mana Samsung Electronics sebuah syarikat terbesar di Asia berdasarkan modal pasaran jatuh 4.4% dalam penutupan hari ini.

Nikkei di Jepun merekod prestasi hambar apabila ditutup 0.6% lebih rendah pada Jumaat.

Di Wallstreet, Dow Jones sekali lagi mencapai paras tertinggi yang dibantu oleh lonjakan Verizon sehingga 7.7%. Namun, para pelabur agak terkejut dengan kejatuhan mendadak sektor teknologi dan pengangkutan. Sektor teknologi dalam S&P 500 jatuh sehingga 2% sebelum mengakhiri sesi dagangan dengan 0.8% lebih rendah.

The post Prestasi Hambar Pasaran Saham Global, Ekuiti Eropah Didagang Rendah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v3NoQ9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.