Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertumbuhan GDP US Positif, Komponen Inflasi Merosot - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertumbuhan GDP US Positif, Komponen Inflasi Merosot

Pertumbuhan ekonomi (GDP) Amerika Syarikat naik 2.6% pada suku kedua dari 1.2% yang telah dikaji semula pada suku pertama. Ini adalah bacaan pertama dan akan dikaji semula dalam tempoh dua bulan akan datang.

Jangkaan bagi data kali ini adalah bacaan naik sebanyak 2.5% pada suku kedua.

Dalam komponen-komponen data GDP ini, Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (Personal Consumption Expenditure, PCE) naik 2.8% pada suku kedua dari 1.9% yang dicatat sebelum ini.

Terdapat juga bacaan positif dalam pelaburan yang meningkat  2.0% berbanding kejatuhan 1.2% dicatat sebelum ini.  Perbelanjaan kerajaan pula menyumbang kenaikan 0.7% selepas merekod kemerosotan sebanyak 0.6% pada suku pertama. Eksport bersih pula hanya memberi sedikit sumbangan, di mana kadar pertumbuhan eksport dan import semakin perlahan dalam tempoh April hingga Jun.

Data secara keseluruhan dilihat masih tidak mampu mengalihkan keyakinan yang lebih kukuh terhadap pengembangan ekonomi di mana hanya terdapat sedikit bukti kepada tekanan inflasi.

Apabilan dilihat ke dalam komponen-komponen pendapatan yang menjadi proksi kepada pergerakan tren inflasi, data pendapatan peribadi di US meningkat $118.9 billion pada suku kedua berbanding yang dicatat pada suku pertama sebanyak $217.6 billion.

Pendapatan yang semakin rendah adalah disebabkan pengurangan kenaikan dalam kadar gaji.

Pendapatan boleh guna (disposable income) pula hanya meningkat $122.1 billion atau 3.5% pada suku kedua berbanding kenaikan $176.3 billion atau 5.1% yang dicatat pada suku pertama.

Pengurangan dalam data-data pendapatan ini memberi gambaran bahawa tekanan kenaikan kepada inflasi masih lagi lemah dan menyebabkan US dolar lemah sejurus data ini dikeluarkan.

The post Pertumbuhan GDP US Positif, Komponen Inflasi Merosot appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v40igT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.