Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lima Sekeluarga Jahanam - Rogol Kanak-kanak Bawah Umur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lima Sekeluarga Jahanam - Rogol Kanak-kanak Bawah Umur


LIMA lelaki terdiri daripada bapa, datuk dan tiga sepupu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Limbang, hari ini atas 22 tuduhan merogol kanak-kanak bawah umur antara penghujung November 2016 hingga Jun lalu.

Tertuduh yang dituduh merogol mangsa berusia 12 tahun itu terdiri daripada datuk mangsa berusia 72 tahun, ayah (40 tahun) dan tiga sepupu masing-masing berusia antara 16 hingga 21 tahun.

Bagi tertuduh pertama yang juga bapa mangsa berusia 40 tahun, dia dituduh merogol mangsa sebanyak empat kali manakala tertuduh kedua dan ketiga yang juga sepupu mangsa berusia 17 dan 21 tahun masing-masing dituduh merogol mangsa sebanyak tiga kali dan empat kali.

Manakala tertuduh kelima iaitu datuk mangsa berusia 72 tahun dituduh merogol mangsa sebanyak enam kali manakala seorang lagi sepupu mangsa dituduh merogolnya sebanyak lima kali.

Mengikut kertas pertuduhan, semua tertuduh dituduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun di beberapa kawasan berasingan di sebuah kampung di daerah ini antara penghujung November 2016 hingga Jun lalu.

Semua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim manakala prosiding pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Inspektor Mohamad Faris Mohamed Asri.

Mahkamah menetapkan 6 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan, mangsa yang masih bersekolah itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang dilantik Jabatan Kebajikan Masyarakat Limbang.

Sumber: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eTQWOb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.