Hi! Welcome Back and Stay Tune! Digi Kini Turut Menggunakan Spektrum 900MHz Dalam Meliputi Kawasan Yang Lebih Luas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Digi Kini Turut Menggunakan Spektrum 900MHz Dalam Meliputi Kawasan Yang Lebih Luas

Sejak 1 Julai 2017 yang lepas, Digi dilihat telah mengaktifkan spektrum 900MHz untuk sokongan rangkaian 4G LTE mereka, dan kini syarikat telekomunikasi yang sinonim dengan warna kuning berkenaan berkongsi lanjut mengenai perkembangan terkini penawaran mereka.

Menurut Digi, kini rangkaian 4G LTE meliputi 86% kawasan berpenduduk di Malaysia di 295 bandar, dan rangkaian LTE-A daripada Digi pula kini telah meliputi sekitar 45% kawasan berpenduduk di Malaysia.

Digi 900MHz

Dalam usaha untuk meliputi kawasan yang lebih luas, kini Digi turut mengguna pakai spektrum 900MHz. Dengan penggunaan spektrum rendah, ia menawarkan kebolehan liputan yang lebih luas daripada pusat pemancar – selain turut menawarkan liputan rangkaian yang baik dalam bangunan.

Dengan langkah ini juga, ia turut menawarkan pengalaman yang baik ketika berada dibawah tanah – sebagai contoh ketika menaiki MRT. Ia membolehkan pengguna kekal berhubung dan menikmati rangkaian internet yang baik – tanpa terputus ketika menaiki sistem pengangkutan awam terbaru yang dilancarkan di Lembah Klang.

Bagi anda yang menggunakan rangkaian Digi, adakah anda melihat sebarang perubahan pada liputan rangkaian anda sejak seminggu dua kebelakangan ini?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gY6T6S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.