Anak tudung ke tali gantung ni?
Pasti ada yang terkejut melihat gambar tiga model wanita bertudung ini dengan aksi ‘terjerut’ dengan tali gantung, berlatarkan api yang sedang marak dan hujan lebat mencurah-curah.
Namun tumpuan lebih kepada model pertama kerana ‘tali gantung’ yang begitu sinonim dengan hukuman gantung sampai mati.
Seorang pengguna Facebook ‘Mahfuza Mukhtar Nurul Jannah Kadir’ berkata: Grafik ni memang exaggerate (berlebih-lebihan) habis. Siap tali gantung.”
Gambar yang dimuat naik di laman sosial itu sebenarnya merupakan iklan anak tudung keluaran sebuah syarikat dengan keterangan yang menjadi tanda tanya iaitu sama ada tercekik, panas atau lambat kering?
Netizen ‘Alieyza Mustapha’ berkata: “Wow! Hebat iklan dia.”
Bagi memperjelaskan keadaan sebenar, Ketua Pegawai Eksekutif Airaz, Azrul Izzam Kamarul Zaman, 37, berkata, gambar ‘tali gantung’ itu membawa maksud rasa tercekik apabila memakai anak tudung jenis biasa.
Berdasarkan kaji selidik yang dikendalikan syarikatnya membabitkan kira-kira 1,000 wanita, katanya, majoriti berpendapat ketidakselesaan disebabkan rasa tercekik dan panas selain kainnya sukar untuk kering terutama ketika berpeluh.
“Jadi ‘tali gantung’ itu menunjukkan teknik gambaran kesakitan bagi menunjukkan begitulah keadaan yang dialami segelintir pemakai jika tidak kena pada rekaan atau penggunaan kain bagi anak tudung.
“Tali gantung merupakan sesuatu yang universal bagi menunjukkan rasa tercekik atau terjerut. Konsepnya sama macam iklan ubat pening kepala atau sakit perut dengan menunjukkan gambaran kesakitannya terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Azrul yang juga ketua pegawai pemasaran syarikat yang ditubuhkan sejak 2014 berkata, pihaknya perlu menghasilkan idea kreatif bagi menyaingi lambakan jenama tudung di pasaran terutama di media sosial.
“Sekarang ni terlalu banyak tudung yang dijual dan model cantik memperagakannya di media sosial menyebabkan pengguna akan ‘scroll up’ dan ‘scroll down’ cepat-cepat pada skrin telefon masing-masing.
“Jadi, idea seperti ‘tali gantung’ dan ‘terbakar’ membuatkan pengguna berhenti untuk melihatnya kerana ingin tahu mengapa model tersebut digambarkan sedemikian rupa,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada pengguna yang terkejut dengan penyiaran iklan ‘tali gantung’ tersebut di media sosial.
“Kejutan itulah tarikannya kerana secara logik rasa tercekik atau terjerut itu membuatkan mereka mahu mendapatkan anak tudung yang lebih selesa,” katanya.
Mengenai anak tudung keluaran syarikatnya, Azrul berkata, kainnya menggunakan bahan teknologi ‘drichill’ yang direka untuk membuang haba membuatkan pemakaian lebih sejuk dalam tempoh lama.
“Lebih 30,000 unit anak tudung terjual sejak dipasarkan pada Februari sehingga akhir Jun lalu,” katanya sambil menambah bahawa rekaan dan pemotongan kain dilakukan secara berkomputer bagi memastikan ia bersesuaian dengan bentuk kepala.
Sumber: Mstar
Sumber Anak tudung ke tali gantung ni?
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2utDDtb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment