Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ikan Merah Masak Sambal Pikat Juri - Diana Chan Rakyat Malaysia Kedua Julang Trofi Masterchef Australia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ikan Merah Masak Sambal Pikat Juri - Diana Chan Rakyat Malaysia Kedua Julang Trofi Masterchef Australia


Peserta berasal dari Malaysia, Diana Chan diumumkan sebagai juara musim terbaharu Masterchef Australia, malam Isnin (semalam).

Kejayaan tersebut menjadikan Diana sebagai rakyat Malaysia kedua menjulang trofi Masterchef Australia selepas pemuda kelahiran Pulau Pinang, Adam Liam, memenanginya pada musim kedua.

Menariknya, hidangan yang memberi kemenangan kepada Diana ialah Ikan Merah Masak Sambal, resepi yang selalu dimasak oleh ibunya.

Selain hidangan yang memikat hati juri, perwatakan dan sikap tenangnya berdepan tekanan serta cabaran setiap minggu antara faktor dia dipilih sebagai juara.

Diana juga seorang peserta yang selalu tampil konsisten dengan hidangan menarik dan sempurna sejak dari awal program.

Peserta berusia 29 tahun ini menewaskan saingannya Ben Ungermann dan membawa pulang trofi, wang tunai berjumlah A$250,000 dan muncul dalam kolum majalah masakan, Delicious.

Diana merupakan seorang akauntan yang dilahirkan dan membesar di Johor Bahru sebelum berpindah ke Kuala Lumpur ketika usia remajanya.

Pada usia 19 tahun, Diana berpindah ke Australia dan menetap di Melbourne

Sumber: Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tzgq5Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.