Hi! Welcome Back and Stay Tune! BAKAL MENANTU SULTAN JOHOR DIAJAR AGAMA, JAWI, BM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BAKAL MENANTU SULTAN JOHOR DIAJAR AGAMA, JAWI, BM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam bakal menantu baginda, Dennis Muhammad Abdullah.

Pemuda kelahiran Belanda itu bakal menjadi suami kepada puteri tunggal Sultan Ibrahim, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah yang dijadulkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Ogos nanti.

Perkara itu dinyatakan oleh bekas ketua setiausaha negeri, Datuk Ismail Karim kepada Pejabat Media dan Komunikasi Rasmi Keluarga Diraja Johor.

Ismail berkata, Dennis Muhammad diberi bimbingan serta pengajaran Islam oleh sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sejak awal Mac, lalu.

“Satu modul pembelajaran agama Islam yang intensif dan sistematik dirangka dengan dibimbing pada ustaz dari JAIJ bagi memberikan pengajaran secara sempurna kepada Dennis Muhammad.

“Ini termasuk pembelajaran al-Quran, fardu ain selain pengajaran Bahasa Melayu, protokol dan istiadat Diraja Johor, penulisan jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor,” kata Ismail menurut kenyataan Royal Press Office.

Terdahulu, Ismail bersama isterinya, Zawiyah Mohamed dilantik sebagai keluarga angkat Dennis Muhammad pada awal Februari lalu selepas mendapat perkenan daripada Tuanku sultan dan permaisuri Johor.

Menurut kenyataan itu, Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015.

Ismail berkata, pada 5 Julai lalu beliau mempersembahkan laporan pembelajaran Dennis Muhammad kepada Tuanku Sultan dan baginda berpuas hati dengannya.
“Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis Muhammad dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang, termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir dari al-Quran, Doa Qunut serta ayat kursi,” katanya.

Tambah beliau, Dennis Muhammad turut diberikan pengajaran fardu ain merangkumi tertib solat, rukun iman dan rukun Islam, puasa, zakat dan haji.

“Selain tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat, beliau juga tidak pernah ketinggalan menunaikan solat sunat tarawih sepanjang bulan Ramadan,” kata Ismail.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tGqQot

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.