Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini
US dolar jatuh ke paras terendah lebih daripada setahun lalu berbanding matawang utama yang lain pada Selasa berikutan para pelabur semakin bimbang dengan keadaan sentimen jangka pendek.
The Fed hari ini memulakan mesyuarat yang akan berlangsung dua hari dengan jangkaan tiada perubahan kadar faedah. Pasaran ketika ini melihat potensi kenaikan kadar faedah pada Disember berada di bawah 50 peratus seperti yang dapat dilihat dalam CME Fedwatch.
“Saya rasa US dolar semakin terlebih jual (oversold),” kata penyelidik strategi Forex di CIBC, Jeremy Stretch.
“Dalam jangka pendek, untuk US dolar naik semula memerlukan data yang positif, bagi menyokong jangkaan kadar faedah dalam suasana ketiadaan pengembangan fiskal. Sebarang kenaikan US dolar dalam jangka pendek dilihat akan dijual semula,” kata beliau.
Pada Selasa, indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain berada di sekitar paras terendah Jun 2016 iaitu 93.65. Indeks ini telah jatuh sebanyak 4% sejak bulan lalu dan 8% sejak awal tahun ini.
Selain daripada mesyuarat Fed, pasaran juga akan memberi perhatian kepada data pertumbuhan ekonomi US yang akan dikeluarkan pada Jumaat.
EURUSD setakat ini telah mengukuh 0.16% pada Selasa dan didagang di sekitar 1.1679 yang telah menembusi paras harga signifikan 1.1500 minggu lalu.
The post Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eK7x7m
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment