Hi! Welcome Back and Stay Tune! Eksport China Meningkat Bulan Lalu, Trade Surplus Melebihi Jangkaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Eksport China Meningkat Bulan Lalu, Trade Surplus Melebihi Jangkaan

Imbangan perdagangan China baru sahaja dikeluarkan pagi tadi yang menunjukkan lebihan dagangan (trade surplus) melebihi jangkaan pasaran pada Jun berikutan peningkatan eksport.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade deficit (defisit dagangan).

Kenapa lebihan perdagangan baik untuk sesebuah negara? Ok, apabila kita mengatakan data imbangan perdagangan itu adalah trade surplus “lebihan perdagangan”, ia bermakna jumlah eksport adalah lebih banyak daripada jumlah import. Ia juga bermaksud lebih banyak China menjual daripada membeli daripada negara-negara lain di seluruh dunia.

Dari segi US dolar lebihan dagangan China meningkat kepada $42.77 billion pada Jun berbanding $40.81 billion pada Mei. Jangkaan bagi data kali ini ialah lebihan bertambah kepada $42.44 billion.

Eksport China meningkat 11.3% dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun 2017, manakala import  naik 17.2% dari tahun ke tahun (dalam tempoh 12 bulan) di mana kedua-dua bacaan lebih tinggi daripada ramalan.

China akan mengeluarkan data pertumbuhan ekonomi (GDP) minggu depan yang mana jangkaan adalah positif kepada negara ekonomi kedua terbesar dunia ini.

The post Eksport China Meningkat Bulan Lalu, Trade Surplus Melebihi Jangkaan appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t67zws

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.