Festival Kopi Indonesia - Sarawak Bermula Hari Ini
KUCHING: Festival Kopi Indonesia - Sarawak yang julung kali diadakan di Sarawak bermula hari ini di pusat membeli belah City One yang mempamerkan pelbagai jenis kopi dari Indonesia.
Jurucakap penganjur festival berkenaan berkata, festival yang julung kali diadakan akan berlangsung selama tiga hari itu memberi peluang kepada penggemar kopi tempatan untuk melihat dan menikmati produk-produk kopi dari Indonesia yang diketahui umum sebagai sebuah negara pengeluar kopi.
Festival yang berlangsung tiga hari bermula hari ini hingga 30 Julai, sebanyak 20 gerai akan mempamerkan pelbagai jenis kopi dari negara jiran itu.
Sepanjang festival tersebut, para peminat tegar kopi berpeluang melihat demontrasi proses membuat kopi dan merasai keenakan rasa dengan aromanya yang tersendiri.
Sepanjang festival tersebut, para peminat tegar kopi berpeluang melihat demontrasi proses membuat kopi dan merasai keenakan rasa dengan aromanya yang tersendiri.
Majlis pelancaran akan diadakan esok (Sabtu) yang akan di meriahkan lagi dengan penampilan istimewa artis veteran Indonesia Hetty Koes Endang.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vOfaxr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment