Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes ‘nama anak luar nikah’ dibawa ke Mahkamah Persekutuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes ‘nama anak luar nikah’ dibawa ke Mahkamah Persekutuan

Kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Negara hari ini memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu daripada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan penting Mahkamah Rayuan bahawa anak yang dilahirkan di luar nikah boleh bin nama bapa.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa fatwa mengenainya oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang.

Peguam Nizam Bashir yang mewakili kanak-kanak dan ibu bapanya, berkata kerajaan telah memfailkan permohonan untuk kebenaran bagi merayu.

Adalah dilaporkan bahawa anak berusia tujuh tahun dan ibu bapanya, yang beragama Islam menamakan JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan sebagai responden dalam kes itu selepas mereka memfailkan permohonan semakan kehakiman selepas anak itu terpaksa meletakkan “Abdullah” sebagai nama bapa.

Ibu bapa kanak-kanak itu berkahwin pada 24 Okt 2009, manakala anak lelaki itu dilahirkan pada 17 April 2010. Walau bagaimanapun, mereka mendaftarkan kelahiran anak itu untuk mendapatkan sijil kelahiran dua tahun kemudian.

Walaupun pasangan itu bersetuju untuk meletakkan nama mereka sebagai ibu bapa anak berkenaan, JPN mendaftarkan anak itu sebagai “bin Abdullah”.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, yang menulis keputusan sebulat suara itu, berkata bidang kuasa ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sivil dan terbatas untuk menentukan sama ada si bapa telah memenuhi syarat-syarat Seksyen 13A (2) Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA).

Ini merangkumi semua kanak-kanak yang dikandung di luar nikah, sama ada Muslim atau bukan Muslim.

 

Sumber: MK



Sumber Kes ‘nama anak luar nikah’ dibawa ke Mahkamah Persekutuan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h6OJzK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.