Ketumbuhan Sebesar Bola Tenis Di Wajah Remaja Lelaki Berjaya Dibuang Oleh Doktor Pakar
KOCHI 1 Julai – Seorang remaja lelaki kini dapat hidup normal selepas ketumbuhan sebesar bola tenis tergantung pada hidungnya berjaya dibuang oleh sekumpulan doktor pakar.
Mail Online melaporkan, Manikandan, 13, disahkan menghidap penyakit ensefalosele, sejenis kecacatan berlaku apabila sel embrio yang membentuk tengkorak tidak dapat bertaut untuk menutupi bahagian otak.
Akibatnya, tisu otak dan meninges (tiga membran tisu perantara yang mengalas tengkorak dan kanal vertebra serta mengepung otak dan saraf tunjang) menjulur keluar dari tulang tengkorak.
Tisu yang terkeluar itu mungkin terletak pada mana-mana bahagian kepala tetapi lazimnya, ia berada di tengah-tengah kepala belakang (kawasan oksipital garisan tengah).
Kemungkinan besar, ensefalosele yang terletak di hadapan tengkorak tidak mengandungi tisu otak dan oleh itu, mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dirawat berbanding di belakang kepala.
Ekoran penampilan yang luar biasa itu, Manikandan tidak dihantar ke sekolah kerana dikhuatiri dijadikan bahan ejekan oleh kanak-kanak lain.
Menyedari keadaannnya itu dia selalu mengasingkan diri daripada orang ramai.
Kesempitan hidup ibu bapanya yang bekerja di ladang pula menyebabkan mereka tidak mendapatkan rawatan di hospital.
Menyedari kesusahan pasangan itu, Persatuan Pekerja Ladang memohon bantuan daripada kerajaan untuk melakukan pembedahan ke atas Manikandan secara percuma.
Ekoran itu, sekumpulan 10 pakar perubatan dari Institut Sains Perubatan Amrita tampil membuat pembedahan membuang ketumbuhan yang ‘melekat’ di hidung remaja itu.
Pembedahan itu mengambil masa kira-kira 11 jam dan dikatakan amat kompleks.
Kini pembedahan itu memberi nafas baharu kepada remaja yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah.
Ayahnya, Selvan berkata, dia mempunyai lima orang anak dan kesemua mereka tidak mempunyai sebarang masalah kecuali Manikandan.
“Kini dia bersemangat untuk memulakan persekolahan. Saya berterima kasih kepada semua doktor dari Institut Sains Perubatan Amrita yang membantu anak saya untuk menjalani kehidupan seperti remaja lain,” katanya.
-Pen Merah Press.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAS0rA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment