Hi! Welcome Back and Stay Tune! Benarkah Malaysia turut terpalit darah rakyat Yaman? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Benarkah Malaysia turut terpalit darah rakyat Yaman?

Jika bantah campur tangan asing, mengapa terlibat dalam perang Yaman?
02 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Raja Bahrin Shah

Ahli parlimen Kuala Terengganu mempersoal sikap pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang membantah 'campur tangan' Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam pengsonglapan dana 1MDB tetapi tidak membantah malah terlibat dalam kempen serangan diketuai Arab Saudi terhadap Yaman.

Menurut Datuk Raja Bahrin Shah, kerajaan Malaysia tidak langsung bersuara dalam isu serangan udara Arab Saudi bersama sekutu Amerika Syarikat ke atas Yaman malah wakil Malaysia dilaporkan berada dalam bilik operasi tentera Arab Saudi di Riyadh.

"Malaysia bukan sahaja tidak membantah tetapi membantu dengan bersubahat dengan kerajaan Arab Saudi serta sekutu Baratnya menyerang Yaman.

"Laporan rasmi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) setebal 240 muka bertarikh 12 Januari 2017 menyatakan penglibatan Malaysia bersama Amerika Syarikat, Britain dan Perancis beribu-pejabat di bilik operasi serangan ke atas Yaman di Riyadh.

"Nama Malaysia telah disebut beberapa kali dalam laporan rasmi PBB tersebut," tegas beliau.

Menurut Raja Bahrin, beliau telah menimbulkan persoalan ini beberapa kali di Parlimen namun tiada jawapan konkrit diberikan kerajaan.

Serangan Saudi ke atas Yaman, ujarnya telah mengorbankan ribuan orang awam termasuk anak kecil, wanita dan warga tua malah kini negara itu dilanda kebuluran dan wabak kolera.

Beliau turut mempersoal penglibatan Malaysia dalam operasi latihan ketenteraan "North Thunder" Arab Saudi bersama sekutu Arab-Afrika sedangkan tiada negara Islam bukan Arab seperti Indonesia atau Turki terlibat.

"Kenapa Malaysia mahu masuk campur urusan benua Arab-Afrika selain dari hanya mahu mengambil hati kerajaan Arab Saudi?" soal beliau.

Merujuk isu saman sivil DoJ terhadap beberapa penyangak yang didakwa menyelewengkan dana syarikat pelaburan negara 1MDB, Raja Bahrin menyifatkan ia bukan satu campur tangan asing memandangkan pihak berkuasa Amerika Syarikat hanya bertindak terhadap kemasukan wang dari Malaysia secara haram ke dalam sistem kewangan Amerika.

"Tindakan yang sama ini juga telah diambil oleh kerajaan Abu Dhabi, Singapura, Switzerland dan Hong Kong tetapi mengapa mereka juga tidak pula dituduh 'campur tangan' dalam urusan Malaysia?

"Ini adalah peraturan biasa di bawah undang-undang pengubahan wang haram di mana-mana negara termasuk Malaysia," ujarnya.

Sehubungan itu, Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah itu meminta pemimpin BN dan Pas yang memainkan isu campur tangan asing dalam kes saman sivil DoJ supaya mendapatkan penjelasan sebenar dan berlaku adil.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uxMUOj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.