Che Ta Wajib Makan Ketupat Palas Dan Nasi Tomato
Erti lebaran bagi Che Ta merupakan hari untuk berkumpul dan bergembira bersama keluarga dalam meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Menurut Che Ta dia merasakan lebih sesuai menziarahi pusara sebelum beraya kerana tidak mahu bersedih ketika hari raya kerana hari raya adalah hari untuk bergembira.
Di samping hadir sepanjang lebaran dengan busana baru yang cantik, kuih muih yang pelbagai serta berkumpul dengan ahli keluarga pasti hari raya adalah hari yang terbaik sepanjang tahun ini.
“Saya gemar menikmati juadah raya seperti Nasi Tomato yang merupakan menu wajib setiap kali tibanya lebaran. Selain itu, saya juga tidak melepaskan peluang makan ketupat palas bersama rendang yang merupakan hidangan utama musim raya.
“Antara biskut raya yang menjadi pilihan saya ialah biskut semperit dan tart nenas kerana biskut ini cukup traditional dan sesuai dengan cita rasa saya,” ujar Che ta
Tambah Che ta, dia juga akan menyiapkan juadah seperti pemanis mulut dan selebihnya dia akan menempah sahaja kerana apabila dia membuat rumah terbuka dengan kapasiti yang besar bukan mudah untuk masak sendiri.
Syawal tahun ini nyata merupakan tahun lebih bermakna bagi Che Ta yang sentiasa dimurahkan rezeki yang baru-baru ini menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Haval H2 sebagai penghargaan selepas dilantik sebagai duta jenama tersebut selain dengan pelbagai tawaran anak perempuannya, Aaisyah.
The post Che Ta Wajib Makan Ketupat Palas Dan Nasi Tomato appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2udzqaW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment