Aumi Mini – Lampu Pintar Merangkap Lampu Notifikasi Untuk Peranti Pintar
Lampu notifikasi bukanlah perkara baru pada peranti mudah alih dan secara peribadi kami mematikannya bagi mengurangkan gangguan ketika tidur. Tetapi terdapat insan yang tidak mahu terlepas notiftikasi pada peranti mereka dan lampu pada peranti adalah terlalu kecil. Untuk golongan minoriti ini, lampu Aumi Mini dihasilkan.
Aumi Mini dipasang terus pada palam elektrik dan berfungsi menggunakan WiFi rumah. Apabila ditambat pada peranti pintar, pengguna boleh menetapkan supaya Aumi Mini menyala apabila peranti menerima notifikasi. Warna lampu untuk notifikasi berbeza boleh ditetapkan.
Selain daripada itu ia turut mempunyai pengesan pergerakan terbina. Ini membolehkannya hidup secara automatik apabila pengguna terbangun pada waktu malam. Lampu pintar ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula $20 (~RM86) sebuah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfiU9c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment