Hi! Welcome Back and Stay Tune! PEGAWAI KONTRAK DIBERI KELONGGARAN SYARAT LULUS BM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PEGAWAI KONTRAK DIBERI KELONGGARAN SYARAT LULUS BM

KUALA LUMPUR – Graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata mereka yang layak akan menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib dua tahun.

Katanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Februari lalu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan.
Beliau berkata calon yang memohon lantikan secara tetap sebagai pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan juga perlu lulus BM di peringkat SPM.

“Terdapat beberapa skim perkhidmatan lain yang meletakkan syarat lebih tinggi iaitu kredit BM sebagai syarat lantikan.

“Justeru, semua calon Pegawai Perubatan UD41 yang dilantik dengan kelonggaran syarat lulus BM semasa lantikan kontrak perlulah memenuhi syarat lulus BM di peringkat SPM bagi tujuan pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya turut mengambil maklum calon persendirian yang mendaftar peperiksaan SPM kali pertama boleh memohon kelulusan daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan untuk mengambil BM sebagai mata pelajaran tunggal bagi memenuhi syarat perkhidmatan untuk lantikan ke perkhidmatan awam tanpa perlu menduduki subjek SPM lain.

“Kementerian Kesihatan akan berbincang selanjutnya dengan Kementerian Pendidikan dan Lembaga Pendidikan untuk melicinkan proses calon persendirian yang terlibat,” katanya.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2teaBvF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.