Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nora Teruja Beraya Bersama Suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nora Teruja Beraya Bersama Suami

Sama seperti pasangan baru berkahwin lain, kegembiraan untuk menyambut kedatangan 1 Syawal bersama itu berbeza berbanding hari-hari lain.

Masakan tidak, pada waktu inilah pasangan baru berkahwin itu akan saling memaafkan selain bersama-sama mengunjungi rumah sanak saudara.

Itulah situasi yang dialami selebriti, Nora Danish bersama suami, Nedim Nazri yang telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 30 Mac lalu.

Mengakui raya tahun ini lebih bermakna kerana menyambut lebaran bersama insan berstatus suami di sisi, Nora nyata tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya.

“Meski sebelum ini saya pernah mendirikan rumah tangga, namun raya tahun ini lebih excited berbanding sebelumnya. “Kalau bercerita mengenai persiapan pula, kami sekeluarga tidaklah terlalu beria-ia kerana lebih suka sederhana saja. Tapi rasa teruja tetaplah ada.

“Memandangkan saya mempunyai jenama pakaian sendiri, jadi ia membuatkan persiapan baju raya itu jadi lebih mudah,” katanya yang sambut raya di Kuala Lumpur tahun ini.

Nora ditemui di majlis Pelancaran Filem Alih Bahasa, The Secret Life of Pets di St.Regis, Bangsar baru-baru ini. Sambil berkongsi mengenai persiapan rayanya, bintang filem Bencinta dan Polis Evo itu juga sempat merakamkan rasa syukur kerana sepanjang Ramadan lalu, dia turut diberi kesempatan berniaga selain dapat bertemu mengisi masa bersama peminat.

“Alhamdulillah, kata orang bila berniaga pakaian ni, bulan puasa itulah yang paling meriah. Jadi kami para selebriti yang berniaga ini sokong di antara satu sama lain. Pada masa sama, saya juga ada berkesempatan untuk turun padang, misalnya di Brunei,” terang Nora yang turut memberi bayangan bahawa dia dan suami akan melakukan rumah terbuka bersempena Aidilfitri.

“Perancangan itu ada, tapi belum ditetapkan lagi bila. Cumanya saya bertuah kerana suami memang handal memasak dan ketikanya dia cuba masak menu baru yang dipelajari menerusi Google dan Youtube. Kawan-kawan pun ada yang minta untuk kami masak macam-macam jika kami lakukan rumah terbuka.

“Cuma kalau dia suka memasak, saya pula lebih gemar untuk melakukan kerja rumah. Bila kemas rumah ni, ia semacam satu terapi untuk diri,” terang Nora yang bakal muncul menerusi dua buah filem tahun ini. Dua filem berkenaan ialah Makrifat Cinta dan sebuah filem usaha sama Indonesia berjudul Bukan Cinta Malaikat. “Cuma itulah, bila tengok kawan-kawan berlakon drama, rindu nak berlakon drama tu muncul balik. Bukan tidak mahu berlakon drama, tapi sekarang ia tersekat atas faktor masa dan komitmen.

“Namun andai ia kena dengan timing dan naskhahnya bagus, sudah tentu saya tidak teragak-agak untuk terima,” akui Nora yang kali terakhir beraksi di dalam drama berepisod, Ariana Mikhail lebih enam tahun lalu.

The post Nora Teruja Beraya Bersama Suami appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t5n4Dt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.