Hi! Welcome Back and Stay Tune! Latihan Ala Komando, Imigresen Tubuh Pasukan Khas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Latihan Ala Komando, Imigresen Tubuh Pasukan Khas



Jabatan Imigresen Malaysia kini dalam proses menubuhkan pasukan khas yang pada masa ini dikenali sebagai ‘Pasukan Elit’ bagi menangani serbuan berisiko tinggi.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata untuk peringkat awal, sekurang-kurangnya 15 pegawai imigresen akan dipilih menganggotai pasukan itu yang akan dilengkapi latihan berbentuk komando selain dibekalkan senjata api.

“Inilah kumpulan yang kita nak letakkan di barisan depan bagi menghadapi cabaran-cabaran.

"Cabaran dalam aspek penguatkuasaan undang-undang memang banyak, misalnya apabila kita melakukan serbuan, kita hadapi banyak ancaman kekerasan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program pra pemilihan anggota pasukan itu di Akademi Imigresen di sini semalam.

Seramai 76 pegawai imigresen merangkumi 61 lelaki dan 15 wanita mengikuti latihan tersebut.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata mereka akan menerima latihan dalaman selain didedahkan dengan corak latihan pasukan penguat kuasa undang-undang lain termasuk polis.

Kumpulan pertama pasukan ini akan ditempatkan di ibu pejabat imigresen di Putrajaya di bawah Bahagian Perisikan Operasi Khas, katanya.

Namun katanya mereka akan digerakkan ke seluruh negara bagi menangani serbuan berisiko tinggi.

Mustafar berkata pasukan itu akan dikembangkan ke peringkat negeri pada satu masa nanti.

Pada masa ini jabatan itu mempunyai 14,420 anggota di seluruh negara. — Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukRHGG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.