Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mel B Dilaporkan Muflis, Minta Bantuan Rakan Selesai Hutang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mel B Dilaporkan Muflis, Minta Bantuan Rakan Selesai Hutang

ANGGOTA kumpulan Spice Girl, Mel B, dilaporkan muflis selepas mengambil keputusan untuk bercerai dengan bekas suaminya, Stephen Belafonte.

Menurut laporan Daily Mail, Mel B, dikatakan terpaksa meminta bantuan rakan-rakannya menjelaskan tunggakan hutang rumah yang baru dibelinya.

“Mel B baru saja membayar deposit wang untuk membeli rumah di Los Angeles yang berharga RM8 juta.

“Dia juga risau akan kehilangan rumah tersebut jika tidak dapat membayar baki hutangnya yang ada sekarang ini memandangkan dia mempunyai masalah kewangan yang amat serius.

“Semua orang sudah tahu keadaan kewangan Mel kini sangat teruk dan jika dia gagal mendapatkan rumah tersebut, maka keadaannya akan menjadi semakin parah.

“Akibat daripada itu, Mel terpaksa meminta bantuan daripada rakan-rakanya untuk menyelesaikan masalah yang dialami olehnya,” kata sumber.

Tambah sumber, Mel B kini sedang berusaha untuk mengumpul sebanyak mungkin duit daripada rakan-rakanya yang sudi membantu. – Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukYro5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.