Hi! Welcome Back and Stay Tune! NOTHING TO HIDE 2: ARMADA HANTAR SURAT PERMOHONAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NOTHING TO HIDE 2: ARMADA HANTAR SURAT PERMOHONAN

SHAH ALAM – Sayap pemuda parti Bersatu, Armada akan mengemukakan surat permohonan untuk mengadakan forum Nothing to Hide 2.0 kepada polis esok.

Pegawai Perhubungan Armada Malaysia, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, permohonan itu bagi membolehkan mereka mendapat permit kebenaran secepat mungkin.

“Kami akan  hantar surat permohonan esok kepada Ketua Polis Shah Alam,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, lokasi asal forum berkenaan, di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, di sini mungkin ditukar namun tidak mendedahkan lokasi baru Nothing Tto Hide 2.0.
“Mungkin ada perubahan masa dan lokasi. Apa-apa maklumat baru, nanti kami akan beritahu kelak,” jelasnya.

Minggu lalu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai forum itu, supaya rakyat dapat bertanya apa-apa soalan berhubung beberapa isu membelenggu mereka.

Namun, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah mengumumkan bersedia untuk menggantikan Najib, yang juga Presiden Umno bagi menyertai forum terbabit.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uRR9Id

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.