Hi! Welcome Back and Stay Tune! ORII – Cincin Pintar Yang Mengubah Jari Menjadi Gagang Telefon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ORII – Cincin Pintar Yang Mengubah Jari Menjadi Gagang Telefon

Jam tangan pintar seperti Samsung Gear S3 membenarkan pemakai menggunakannya sebagai gagang telefon. Ia antara fungsi yang paling kerap kami gunakan dan amat berguna ketika sedang memandu. Tetapi perbualan boleh didengari orang lain kerana pembesar suara Gear S3 yang agak kuat. Mungkin jawapan kepada masalah ini ialah cincin pintar ORII.

Cincin ini menggunakan teknologi konduktor tulang yang membolehkan jari menjadi gagang telefon. Getaran dari ORII dipindahkan ke tulang yang kemudian bergerak ke tulang telinga. Pemakai boleh melakukan panggilan telefon tapi didengari pihak lain. Ia direka oleh firma Origami Labs yang berpangkalan di Hong Kong.

Ia boleh ditambat kepada peranti Android dan iOS. Terdapat lampu notifikasi pelbagai warna serta sokongan untuk pembantu maya seperti Siri. ORII turut mempunyai ketahanan kalis air IPX7. Bateri yang digunakan pula memberikan tempoh berbual sehingga 1 jam. Cincin pintar ORII sedang mengumpul dana melalui Kickstarter dan boleh ditempah pada harga $119 (~RM 514).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tEQJ8e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.