Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelancong di Bali dah termakan daging anjing? Jijiknya! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelancong di Bali dah termakan daging anjing? Jijiknya!

BALI – INDONESIA. Pelancong di pulau percutian terkenal Bali mungkin tidak mengetahui dan menyedari mereka telah memakan daging anjing, dakwa aktivis haiwan, lapor Reuters.

Pelancong di Bali dah termakan daging anjing? Jijiknya!

Pelancong di Bali dah termakan daging anjing? Jijiknya!

Menurut sebuah NGO yang melakukan penyelidikan sebulan ke atas amalan penangkapan anjing, rumah penyembelihan dan penjual makanan jalanan, Animals Australia (AA), sehingga 100,000 anjing disembelih untuk kegunaan setiap tahun di Bali menggunakan kaedah yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bersih.

“Perdagangan daging anjing di Bali melanggar undang-undang keselamatan makanan tempatan dan undang-undang kekejaman haiwan,” kata Lyn White AA dalam satu kenyataan bersama-sama rakaman video anjing yang ditangkap dan dianiaya.

 
 

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan rakaman itu, yang juga menunjukkan peniaga menjual daging bertanda “RW” yang bermaksud “daging anjing” dalam Bahasa Indonesia.

Laporan itu juga mendakwa, pelancong tidak sedar mereka memakan daging anjing.

“Mereka (warga Australia) tidak akan datang jika mereka terus mendengar cerita orang makan anjing,” kata seorang pelancong Australia, Colin Carr.

Sementara itu, Gabenor Bali, Made Mangku Pastika menafikan tuduhan bahawa anjing-anjing itu dianiaya dan daging mereka dijual di gerai jalanan.

“Laporan berita di media sosial adalah salah, saya telah menyiasat dakwaan tersebut,” katanya kepada Reuters.

“Laporan itu menyebut bahawa anjing di Bali dibunuh secara kejam dan dijual sebagai ‘sate’, ini tidak benar,” katanya, merujuk kepada hidangan daging yang terkenal.

Daging anjing popular di beberapa bahagian Indonesia dan di negara-negara Asia lain seperti China dan Vietnam.

Linda Buller, pengasas Pusat Pengambilan dan Pemulihan Anjing Bali, telah bekerja selama bertahun-tahun menentang perdagangan anjing haram di Bali.

“Kami telah mendengar kerajaan mengadakan sidang kemuncak mengenai pengambilan daging anjing pada minggu kedua bulan Julai dan ini adalah perkara yang positif untuk dilakukan,” kata Buller dalam temu bual dengan Reuters.

Buller berkata, orang Bali yang terdiri dari penduduk majoriti Hindu tidak mempunyai tradisi makan anjing kerana agama mereka, dan amalan itu dibawa oleh orang-orang yang berpindah ke sini iaitu penduduk dari bahagian lain di Indonesia.

Perdagangan daging anjing meningkat kerana orang ramai mula mencuri anjing untuk menjual kepada penjual daging anjing untuk pendapatan tambahan, katanya.

Kumpulan hak asasi haiwan dijangka mengadakan perbincangan dengan kerajaan Bali akhir bulan ini dan mendesak mereka untuk mengakhiri perdagangan haiwan itu.

Sumber: Sinar



Sumber Pelancong di Bali dah termakan daging anjing? Jijiknya!

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ucdj7x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.