Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemuda Umno: Manifesto sejuta pekerjaan, rumah untuk setiap keluarga memalukan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemuda Umno: Manifesto sejuta pekerjaan, rumah untuk setiap keluarga memalukan

 | July 27, 2017
Ketua Pemuda Umno Wilayah Razlan Rafii berkata BN sedang memenuhi keperluan pekerjaan dan perumahan, ketika PH masih belum menyelesaikan isu di negeri yang ditadbir mereka.
Razlan-Rafii-Faiz-FadzliPETALING JAYA: Pemuda Umno berkata manifesto sejuta peluang pekerjaan dan rumah untuk setiap keluarga yang dijanjikan Pemuda Pakatan Harapan memalukan dan terkebelakang, kerana BN sedang memenuhi keperluan pekerjaan dan perumahan melalui pelbagai rancangan kerajaan.

“Wilayah Persekutuan sahaja kita ada lebih 80,000 rumah mampu milik dan tawaran 1 juta peluang pekerjaan itu sikit sangat sebab tahun ini sahaja kita dah wujudkan 1.8 juta peluang pekerjaan,” kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Datuk Razlan Rafii kepada FMT.

“Pemuda PH sepatutnya buat kajian dahulu, malah dalam tangan mereka langsung tidak ada hasil kajian dan hanya main cakap sahaja untuk menyedapkan hati, itu satu tawaran yang memalukan.”

Razlan menambah pihaknya teruja dengan projek Tun Razak Exchange yang akan membuka peluang kepada rakyat tempatan bekerja dengan syarikat antarabangsa.

“Kerajaan BN tidak pernah gagal dalam membangunkan negara dan tiada siapa boleh pertikai. Kita tengok, terbaharu kita ada MRT,” tambahnya.
Pemuda PH dalam manifesto pilihan raya mereka berjanji akan menumpukan perhatian kepada menambah peluang pekerjaan dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada lebih 3 juta pekerja asing. FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v2i6Jd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.